Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi atas perubahan yang ditunjukkan oleh anak saudaraku yang kini berada di tingkatan 1 di sebuah pondok tahfiz yang berdekatan dengan rumahku. Kalau dulu dia seorang yang boleh dikatakan agak liar, tetapi berkat didikan yang diajar disana, dia sekarang sudah jadi seorang yang bertangungjawab dan beradap sopan.
Teringat aku peristiwa yang berlaku minggu lepas semasa aku melawatinya di pondok tahfiz itu. Perbualan dia macam ini.
Amirul : Poksu, masok la pondok ni, boleh kito blaja sekali, lagipun pakso boleh jago mirul kat sini.
Aku: (dalam keadaan tergamam) err..poksu kan tengoh ngaji (belajar) lagi ni. Nanti poksu doh abih ngaji, poksu masuk deh.
Akak mirul: Poksu bukenyo ngaji, tapi belajar.
mirul: Bakpo puloknyo iya (kakak amirul), ngaji tu samo la dengan belajar walaupon tak sentuh Al-quran. Belajar pon ore panggil ngaji jugok.
Terkejut jugak aku dengan perubahan yang ditunjukkan oleh anak saudara aku ni. Pertamanya dia dah mula berdakwah, semasa dia mengajak aku untuk menyertainya di pondok tahfiz tu, keduanya pemikirannya dah bertambah matang apabila dia memberikan penjelasan berhubung dengan perkataan mengaji itu.
Ada banyak lagi perubahan yang ketara yang ditunjukkan olehnya, antaranya yang saya tahu, ketika berada di rumah, dia jarang menonton tv, apabila diajak untuk menonton tv, dia akan menjawab, ustaz tak bagi tengok tv, sebab ia boleh melemahkan ingatan, selain itu, dia agak memilih berhubung isu makanan dirumah. Dia melarang seluruh isi rumah supaya tidak membeli asam, cokelat, kerana menurutnya ianya turut boleh melemahkan minda. Dia juga melarang kami dari membeli roti gardenia kerana dia diberitahu oleh ustaznya yang tepung untuk membuat roti itu mengandungi unsur DNA babi. Ada benarnya dakwaan yang diberitahu itu apabila gardinia telah memberhentikan menggunakan tepung yang mengandungi DNA itu.
Selain dia tidur seawal 9malam, dia juga akan bangun seawal 5 pagi,dan setelah mandi, dia akan menggejutkan seluruh isi rumah untuk bangun solat subuh. Pada setiap awal waktu, dia akan memastikan kami semua untuk menunaikan solat.
Kebetulan, pada masa dia balik kerumah untuk bercuti, dia demam teruk, lalu bapanya membawa dia ke klinik, setelah selesai di periksa doktor, dia mengeluarkan duitnya dan berkata pada bapanya, abah, biar mirul jela bayar ubat ni sambil menunjukkan duitnya sebanyak 10ringgit itu. Agak kelakar, tapi disitu, saya boleh melihat kematangan pemikirannya itu.
Semasa pulang dari klinik tersebut, dia bertanyakan kepada abahnya, abah, sepanjang mirul belajar ni, dah berapa duit abah belanjakan untuk mirul? kesian abah, mesti dah banyak berabis duit untuk mirul kan. abahnya hanya tersenyum kecil. Walaupun hanya baru sebulan dia belajar dipondok itu, ternyata ustaz-ustaz disitu telah berjaya mengubah karekter dirinya 100%.
Kalau dulu dia seorang yang suka maki-hamun dan bercakap kasar kepada sesiapa sahaja termasuk ibu-bapanya, kini dia seorang yang lemah lembut dan bersopan dan apa yang saya perasan pada dirinya, waktu lapangnya banyak dihabiskan untuk berzikir.
Kalau difikir logik akalnya, manakan boleh mengubah seseorang hanya dalam masa sebulan sahaja, tetapi apa yang ditujukkannya amat mengejutkan. Menurutnya, ustaz banyak menggalakkannya membaca al-mathurat selepas selesai solat, dan sebelum tidur, ustaz selalu memberi mereka minum air sembahyang hajat dan buah kismis. Ustaz juga amat menitikberatkan tentang soal makanan apabila ustaz melarang keras kepada anak didik disana daripada memakan makanan ringan, makanan segera seperti kfc, Mc Donald, makanan berminyak seperti keropok lekor, cengkodok dan sebagainya.
Mungkin dengan formula mengawal makanan dan melarang daripada menonton tv akan dapat memudahkan untuk mendidik kanak-kanak. Jika kita teliti pada masa sekarang, ada benarnya juga larangan-larangan tersebut. Makanan sebagai contohnya, kini terdapat pelbagai makanan ringan yang mengandungi unsur-unsur yang tidak elok seperti pewarna tiruan, perasa tiruan dan sebagainya. Hasil daripada makanan itulah yang menyebabkan kanak-kanak menjadi lemah ingatan dan bersikap liar. Selain itu, banyak menonton tv juga antara penyumbang kepada tingkah laku kanak-kanak terbabit, kebanyakan rancangan tv mengandungi cerita-cerita yang tidak bermoral selain mengandungi unsur keganasan, tidak hairanlah mereka bersikap kasar walaupun bercakap dengan orang tua.
Aku amat-amat bersukur atas perubahan tingkah laku dan pertuturan yang ditunjukkan olehnya. Bagi aku, larangan-larangan seperti menonton tv itu bukan untuk menyekat perkembangan minda mereka tapi aku melihat dari segi konteks mendidik. Dengan didikan yang betul, kanak-kanak yang setahun jagung akan mudah untuk dilentur.
Walaupun dulunya Amirul amat tidak hendak masuk ke mana-mana sekolah pondok, dan memberontak, tapi dengan pujukan yang kena gayanya, akhirnya dia bersetuju. Tersenyum sendiri aku apabila bapanya memberitahu yang dia terpaksa memujuk dengan menggunakan tiket kapal terbang untuk pulang dari kl ke kota bharu selain menjanjikan akan menghadiahkan ipad dan telefon bimbit. Namun setelah seminggu masuk disitu, dia memberitahu yang dia taknak dah ipad dan telefon bimbit itu kerana ustaz melarang penggunaan telefon bimbit disana.
Aku diberitahu olehnya juga, yang ustaz-ustaz yang baru masuk disitu sebagai tenaga pengajar juga turut tidak dibenarkan membawa telefon bimbit selama 44 hari. Terkejut juga aku apabila mendengar kata-katanya itu.
Sebelum aku pulang ke universiti, aku sekali lagi pergi melawatnya disana. Aku sempat bertanyakan kepadanya, adakah seronok belajar disana, dia menjawab secara bersahaja, seronok, sebab selalu dapat makan kenduri,telah menjadi amalan orang disana yang akan menjemput pelajar-pelajar di pondok itu untuk makan apabila adanya kenduri, dia juga memberitahu, sehari dalam seminggu ustaz disana akan membawa mereka keluar daripada pondok untuk beriadah. Baru-baru ini mereka telah pergi ke Jeram Pasu. Sebelum ustaz membenarkan mereka mandi, mereka dikehendaki terlebih dahulu untuk membaca Asma Al Husna dan berdoa bagi memohon keselamatan sepanjang berada di tempat riadah itu.
Sesungguhnya aku dan seluruh ahli keluarga amat-amat bersyukur dengan perubahan sikap yang ditunjukkan olehnya. Sampai sini sahaja dulu untuk aku bercerita tentang diri Amirul, dan apabila aku berkesempatan untuk pulang ke kampung lagi, aku akan bercerita tentang perkembangan yang seterusnya pula. Sekian.
Cant find a word
1 month ago
0 comments:
Post a Comment