Rasanya di Malaysia tidak banyak cafe-cafe yang membuat 'art latte' ni tidak seperti di negara luar. Latte (dari caffelatte Itali, yang bermaksud "kopi dan susu") adalah satu jenis minuman kopi yang dibuat dengan susu panas. Dengan daya imaginasi yang tinggi, kita boleh membuatkan pelbagai lagi jenis ukiran yang amat menakjubkan.
Tiba-tiba saya teringat tentang cerita korea coffee prince yang pernah disaiarkan di NTV7 dahulu. Suka sangat cerita tu. Kalau nak tengok cerita ni, sila la layari website maadu. Nak tahu serba sedikit pasal drama ni, buka link korean drama ni.
Latte ini adalah sebahagian daripada keluarga kopi, kalau hendak tahu lebih lanjut, sila la buka blog Nashfahrenheit. Kat situ dia dah terangkan jenis-jenis kopi yang terdapat di pasaran.
Barista adalah istilah Itali untuk pembancuh kopi. Si pencinta kopi ini (bukan penagih) amat menitikberatkan tentang rasa dan kualiti kopi mereka, kedai-kedai kopi dengan barista mahir sering mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Kalau hendak belajar cara-cara untuk buat Latte ni, sila la tengok kat website BestMomTv.
Dekat sini saya sediakan video pendek tentang cara-cara penyediaan Latte ini supaya anda semua dapat gambaran yang jelas tentang kaedah membuatnya.
0 comments:
Post a Comment