Teringat kenangan sewaktu berada di tingkatan 5 dahulu. Ketika itu Ustaz kami bermain teka teki. Dia bertanyakan kepada kami, dengan wajah yang serius, adakah sah kalau sembahyang jika memakai tali pinggang? Sorang-sorang dia tanya, daripada meja barisan depan hinggalah ke meja paling belakang, pelbagai jawapan juga yang didengari, ada yang kata sah ada yang kata tidak. yang cakap tidak tu, ustaz tanya pula, kenapa tidak sah? ada yang cakap, kemungkinan tali pingang itu dah terkena air kencing sewaktu membuang air kecil ditandas.
Berdebar juga kami masa tu, mana tidaknya, sebelum ni, memang kami selalu sembahyang memakai seluar dan semestinya kat seluar tu ada tali pingang.
Jawapan ustaz tu ringkas jer. "TIDAK SAH DAN HARAM"
Kami masa tu dah memang terkejut dah, maknanya tidak sah la solat kami sebelum ni. Kami minta penjelasan lanjut dari ustaz tu. Dengan muka yang tenang ustaz tu cakap, memang tidak sah dan haram jika kamu semua sembahyang dengan hanya memakai tali pingang sahaja. Masa tu, rasa nak terborai jer segala isi perut. hahaha, pandai betul ustaz tu berjenaka.
Sebenarnya tidak salah nak bergurau, nabi Muhammad juga bergurau masa hayatnya. Ceritanya begini....
Pada suatu hari, Nabi Muhammad berjalan-jalan bersama para sahabat dan mereka bertemu dengan sekumpulan nenek. Nabi memberitahu nenek-nenek itu, di syurga kelak tidak ada nenek-nenek seperti mereka. Oleh sebab nabi tidak pernah berbohong, nenek-nenek tadi mempercayai kata-katanya. Mereka pun menjadi takut lalu menangis. Para sahabat kehairanan dan bertanya kepada nabi apakah maksud kata-katanya itu.
Nabi Muhammad tersenyum dan berkata, di syurga kelak memang tidak ada nenek-nenek kerana semua orang muda dan kacak serta cantik rupawan. Mendengar kata-kata nabi itu, barulah mereka faham, nabi sebenarnya berjenaka. Nenek-nenek itu pun berhenti menangis. Malah mereka berasa gembira kerana nabi mendoakan mereka masuk syurga.
Untuk mengetahui lanjut tentang gurau senda Rasulullah SAW, lihat blog Persada Ilmu dan Pertuturanku
Cant find a word
1 month ago
0 comments:
Post a Comment