VVIP bB

Monday, February 20, 2012

sihir

Amat mengejutkan bagi diriku apabila mengetahui pada dunia serba moden ini masih lagi ada orang yang menganyanya orang lain dengan menggunakan ilmu hitam. Masih ada orang yang berfikiran kolot seperti itu. Walaupun keluarga aku sendiri pernah mengalami peristiwa seumpama itu, tapi peristiwa itu telah lama berlalu.

Kejadian terbaru yang berlaku apabila salah seorang daripada keluarga iparku telah terkena sihir yang mengakibatkan perut membesar dan akhirnya mengakibatkan kematian. mengikut cerita yang aku dengar, dipercayai akibat perbuatan bekas suaminya, sebab apa yang membuatkan dia bertindak sedemikian tidak diketahui. Kalau tidak salah, sihir itu dinamakan busung. Kaedahnya ialah dengan meletakkan katak dibawah tempurung dan menyembunyikan disekitar rumah mangsa itu. Katak itu akan membesarkan perutnya saban hari seiring dengan besarnya perut simangsa. Jika tidak menjumpai katak tersebut, maka si mangsa akan menemui ajal. Kalau nak tahu maklumat yang lebih lanjut, lihat la blog Darul Saka ni.




Amat kejam, hanya ayat itu lah yang mampu diluahkan dari mulutku. Mungkin ada pelbagai cara lagi yang lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan di dunia ini tapi menyiksa seseorang  sebegitu rupa walaupun sebesar zarah amatlah tidak boleh diterima akal.

Manusia dikurniakan dengan akal yang waras, tapi masih lagi mampu bertindak kearah itu semata-mata kerana tidak berpuas hati adakah layak dipanggil manusia? Mungkin aku agak beremosi dalam hal seumpama ini kerana aku ada alasan yang tersendiri.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Powered by Blogger