copied from EPISOD PENGAKHIRANKU
"nanti bila kamu bersiar-siar atau mencari rezeki di sekitar sungai ini,kamu bakal menemui cacing yang yang enak utk dimakan.ia sungguh mengujakan, tapi ingat wahai anak2ku itu adalah UMPAN...disebalik cacing itu ada mata keluli yg sgt tajam," ujar si ibu ikan bersungguh2.."sekali kamu menggigitnya, kt tdk mampu melepaskan diri ,kesakitan tu baru permulaan je sbb kt akan disentap keluar dari sungai ini, di luar sana segala2nya berbeza dr kehidupan kt di sini dan kita juga akan terpisah buat selama-lamanya...."
anak ikan mengangguk-angguk mendengar dgn teliti...
" mereka tdk akan kembalikan kt ke sini, mereka akan mencekik insang dan membelah perut kt menggunakan pisau yang tajam.kemudian sisik kt akan dikupas dan kulit akan dilapah,rasa sakit tidak terperi bila tubuh dikelar2 dan diatas luka dilumurkan dengan garam.SUBHANALLAH..."
"kesakitan bukan setakat tu je, selapas tu tubuh kalian akan dihumban ke dlm kuali dan kalian akan berenang2 dalam minyak yg panas menggelegak sehingga tubuh kalian rentung dan x ble bergerak. bila dikeluarkan dr kuali tubuh kalian akan diratah,isi2 disiat2 dr tulang belulang, alangkah sakitnya semua itu...subhanallah..."
tinggi alunan suara ibu ikan utk mengingatkan sehingga anak ikan yg plg kecil menekup muka krn membayangkan kengerian keadaan tersebut...
"wahai anak2ku beringatlah srta berfikirlah setiap kali berjumpa dengan umpan tersebut..."semua anak2 ikan bertekad utk berhati2 serta berasa takut...
keesokannya, spt biasa anak2 ikan keluar mencari makanan.perut berkeroncong kuat, tiba2 mrk trnmpak seekor cacing segar yg sgt menyelerakan.liuk lentuk cacing menggugat hati dan perasaan.seekor anak ikan x mampu bertahan lg...tanpa berlengah dia terus meluru ke arah cacing sambil berkata apa yg dceritakan ibu smlm hanyalah utk menakut nakutkan shj, dan si anak ikan terus membaham cacing. agak2 apa yg anak ikan tu rasa??
hmm...si anak ikan x berasa kelazatan pun sebaliknya kesakitan yg teramat sgt ,lelangitnya tertusuk keluli tajam dan tembus..dia disntap keluar dr sungai, tubuhnya menggelupur kuat cuba melepaskan diri namun usahanya gagal..pandangannya kabur dan terus gelap.apa yg diceritakan ibunya smlm akan dilaluinya satu persatu...Ya Allah...
begitulah pementasan dunia kita, berbeza dgn pementasan seterusnya, satu persatu babak akan kita lalui, jk hari ini insaf berbuat dosa, tekad dihati xnak buat lagi, liahtlah pd hari seterusnya kt mudah dianiyai dgn gelora hawa nafsu dan ia sering menewaskan kita,membawa ke kancah dosa, kesimpulannya, manusia itu sentiasa memerlukan peringatan, pengisian, teguran, koreksi diri...segala yg bakal berlaku bukankah telah di khabarkan dlm AlQuran dn sunnah.Namun, kesedapan hidup dan kesenangan duniawai menyebakan kt alpa akan nasib yg bakal dilalui..sedangkan penderitaan yg tidak terperi sakitnya..ASTAGHFIRULLAH...justeru, jangan jd DUNGU, tersedar bila terkena, sebaliknya jd lah org yg bijak yg senantiasa berfikir ttg kesediaan kematian...Wallahua'lam..
copied from EPISOD PENGAKHIRANKU
0 comments:
Post a Comment