VVIP bB

Sunday, November 14, 2010

impian

kalau ditanya pada semua tentang impian masing-masing, semua akan berikan jawapan yang indah-indah belaka. begitulah lumrah manusia dan begitu jugalah aku..aku pun ada impian yang tersendiri yang mana setinggi gunung. semegah everest, sekukuh KLCC dan sepanjang banjaran titiwangsa. persoalan nya kini adakah impian kita itu realistik???


Impian memerlukan sikap dan kesungguhan kita dalam memenuhi kehendak yang kita telah tetapkan. tanpanya,impian adalah impian dan sampai bilapun ia tetap akan menjadi impian. hehehe...berfalsafah la pulak. post kali ini berkaitan dengan impian aku. tak unik dan tak grand mane pun. hahaha




ade sesetengah kata, saya ingin rumah yang besar bak istana yang terletak dikaki bukit, namun tidak bagi aku.cukup lah dengan bunglo dua tingat kat tepi shoping komplek yang ade kolam renang tu pun dah memadai bagi aku.


ada yang berkata, saya inginkan kereta mewah yang harga ber-ratus-ratus ribu, seperti kereta ferari atau lambo tapi tidak bagi aku. cukuplah sekadar dengan honda civic dengan kapasiti enjin 140-hp, 1.8-Liter, dan 16-Valve SOHC i-VTEC® 4-Cylinder Engine tu pun dah cukup mewah bagi aku.


ada yang bercakap, saya ingin berkahwin dengan seorang gadis yang cantik rupawan, sehinggakan ada yang sangup membandingkan dengan kecantikan si gadis itu dengan alam semulajadi, tapi aku bebeza.bagiku, biarlah gadis aku itu, hanya cantik pada pandangan aku. rupanya tidak secantik bulan mengambang pun takper, asalkan rupanya itu comel dan berseri. hidungnya tak semancung omputeh pun takpe, asalkan cukup-cukup jer untuk dia bernafas, mulutnya tak seperti agelina jolie pun takpe, asalkan cukup luas untuk aku suapkan makanan.hehehe...

[untuk tujuan keselamatan, muka gadis ini terpaksa di censored kan]

ada yang bagitahu, aku nak anak yang ramai, sehinggakan nak pergi mana-mana pun kene sewa bawak bas, tapi tidak bagi aku. cukup lah sekadar 6 orang aje. hehe.. mukenye plk mestila aku harapkan comel-comel belaka. tak secomel isteri aku nanti pun takpe, asalkan secomel aku. huahuahua..


ada yang impikan bila kerja nanti, aku nak gaji aku mahal, antara 9K-10K sebulan, tapi tidak bagi aku..bagi aku cukuplah gaji aku nanti sekadar 2K seminggu..hik8..kalau dicampur-campur baru 8K..tu tak termasuk bonus dengan elaun lagi tu..hehehe...maklumla, banyak nk guna duit nanti.nak bayar rumah banglow, honda civic tu lagi, anak pulak ramai, isteri pulak ngada-ngada nk kumpul barang kemas lagi...hahaha...




kesimpulannya, aku sebenarnya same jer cam orang lain..hahaha..impian bagai nak rak. tapi sekarang belum gak maju-maju lagi...haaaiiih (mengeluh jap)


[ thanks untuk uncle Google sebab bagi gambar yang dicurik dari blog sape ntah]

2 comments:

Just Call Me Bitt said...

tak salah mempunyai impian/angan-angan dan sewaktu dengannya...kerna itu adalah vision untuk meneruskan mission kehidupan...amin, atas setiap pemberiannya, alhamdulillah atas jackpotnya :)

ps/ comel betul la baby tu..hehe

belia bangkit said...

ya, tak salah mempunyai impian, kadang-kadang, impian itu lah yang membentuk watak dan sikap kita. yang penting sekarang ni look forward for the bright future....hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Powered by Blogger