VVIP bB

Wednesday, November 24, 2010

lepak dengan kekawan.

Memandangkan mak dan ayah aku sekarang nie telah berangkat ke kota mekah untuk mengerjakan haji, tinggal lah aku seorang diri dekat rumah yang agak besar ni seorang diri.

Memandangkan jugak adik beradik aku semuanya duduk merantau kat negeri orang. bosan gak sebenarnya dok rumah sorang-sorang ni, tambah lak rumah aku ni agak terpencil di pendalaman. kalau korang datang pada sebelah malam, suasananya memang agak menyeramkan. tambah plk cite orang dulu-dulu yang kat kawasan rumah ni terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri.muahahaha......

Aku tak tahu la samaada korang berminat ke tak, nak baca cerita aku ni. tapi aku tetap nak bercerita jugak sebab nak bagi blog aku ni sentiasa ada entry baru. ha, baru la traffic blog aku ni sentiasa naik, ye tak. aku bukan ape, aku mengharap sangat tahun ni aku akan dapat bayaran 1st dr nuffnang walaupon hanya rm50.hahaha..tak ikhlas betol aku berbloging nih kan...

Sambung balik crita aku tadi, setelah seminggu aku dok rumah sesorang, tanpa sebarang ganguan, mcm orang gila pon ada sebab menyendiri di cerok kampung, tiba-tiba ada malam isnin lepas, seorang kawan aku contact aku, dia ajak aku keluar lepak-lepak kat kedai kopi tengah-tengah malam.kiteorang sebenarnya kan, dah lama sangat tak jumpa tau.dlm 2 tahun pon ada rasanya. ikutkan hati memang tak nak kelua, takot, seram, sume ada tau...yela, macam aku cite awal-awal tadi tu la yang rumah aku ni jauh kat pendalaman, rumah jiran2 pn jauh2 gak, risaula jugak hati ini, takut-takut jumpa ponti ke, punco ke toyo ke, tapi bila pikir balik, bosan punya angkara, aku pon mengagahkan diri yang macam malek noor ni(mase die muda dulu) untuk keluar jugak. masa nak kelua tu, aku dalam dilema la jugak, nak bawak kereta ke moto. tapi dengan selambernya aku rembat moto. bila sampai jer kat kedai kopi tu, sorang member aku cakap " beraninya ko, keluar dengan moto jer tengah2 malam nih, tak takot ke, kalo aku, kompem kelua dengan kete". aku pon dengan perasaan tidak bersalah jawab, " aku bukan ape, kalo kelua dengan moto, sekurang2nya kalau ada hantu yang nak tumpang, aku blh bawak seko jer, tapi kalo bawak kete, dekat 4 eko jgk la blh muat.

mula-mula aku tengok muka diorang berubah la jugak. ada yang pucat, maklom la, masa tu dah dekat midnight, kalo ikot kelendar orang melayu, time-time midnight la si antu-antu ni berpesta. pastu kan, tetiba jer semua gelak besar. memang lawak la masa tu, maklom la, lama sangat tak jumpa kan. dipendekkan cerita, lepas lama borak, kedai tu pon tutup la, kiteorang pon balik la.

masa nak balik tu, punyela aku takot, maklom la sebelum tu aku da cakap besar kan, mane tahu kot-kot persatuan antu-antu ade anta spy g intip ape aku borakkan tadi. nanti tak pasal-pasal dorang anta geng g rasuk aku. mengigil la jugak mase nak balik tu, sejuk sangat. hahaha....sampai jer kat rumah, tibe-tiba aku rasa tak sedap hati, masuk jer kat dalam rumah, macam-macam bunyi aku dengar. bunyi moto aku terbalik kat lua rumah ada, bunyi pinggang mangkuk dok berlaga sesama sdrik pon ada, tapi aku tetap maintain beb.hahaha...tapi dalam ati sebenarnya dok tengah takot giler.aku cakap dalam hati aku, lantak ko la nak buat ae pon, janji jangan tunjuk muke kat depan aku, kalo tak, kecut perut jugak la aku jawabnya.rasanya dekat sejam jugak la geng-geng antu tu berpesta kat dapo n kat kua rumah aku, agaknya dorang nak ajar aku yang agak kurang ajar ni supaya respek kat dorang.hahaha...

tapi memandangkan aku wat bodo jer dengan ape yang dorang buat tu, lama kelamaan ganguan tu takde lagi. agaknya dorang fedup kot dengan aku. hahaha... aku pon dapat la tido dengan aman pada malam tu. hahaha... thanx to astro oasis sebab teman aku pada malam tu!!!!cayang kamoo...hehehehehehehehe.....

2 comments:

Just Call Me Bitt said...

akekeekekekee buleh lena kew tidur tuh??

Azlina said...

Hello there,

I’m Azlina from Universiti Sains Malaysia, Penang. I am currently doing a research on Malaysian Bloggers as part of my Masters degree in Social Science (Psychology). Your blog has been selected and I would sincerely be grateful if you can participate in my study. In this research, I am interested to understand more about your blogging experience. If you are indeed 18 years old and above, and willing to spend a few moments of your time to complete a survey to help with my research, please answer the questionnaire in the link below as soon as possible. If you have any questions or concerns about this survey, you may email me at scorpluto35@yahoo.com.

I sincerely appreciate your time and consideration!


http://www.kwiksurveys.com/online-survey.php?surveyID=IJNOIM_a20d967d



Azlina
scorpluto35@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Powered by Blogger