sebelum tu diingatkan, ini bukanlah blog politik, tapi diingatkan kalau hari-hari kami ditekan, dipaksa membayar bagi mengkayakan golongan yang tak sedar-sedar diri ini, jangan panik jika semua undi kami bakal merubah kepimpinan Malaysia suatu hari nanti....
[kami disini merujuk kepada golongan pengundi muda]
SURAT DARI PENGUNDI MUDA KEPADA PIMPINAN TERTINGGI KERAJAAN UMNO
[tak kesahlah diorang baca ke tak, yang penting kami memang tak puas hati ni]
Tuan,
perkara diaatas harap dirujuk. Aku mewakili golongan pengundi muda di Malaysia amat-amat tidak berpuas hati dengan kepimpinan sekarang. kenapalah korang ni saje jer wat point nak bagi kiteorang sakit hati...jangan ingat sebab golongan kami ni kecik, kami tak bagi effact langsung kat jawatan korang sekarang. untuk makluman korang semua, golongan kami ni semakin bertambah dari sehari ke sehari di seluruh Malaysia.
2. Berkaitan dengan isu gula yang naik hari tu, sebenarnya kami tak kesah pun. sebab kami ni hari-hari makan kat kedai, tapi bile korang kacau harga minyak petrol, memang kami naik marah.korang taw tak, kami ni masih belajar lagi. g kelas, g mane-mane just guna motor cabuk dengan kereta yang nak tak nak idup tu jer. korang tak kesian kat kami ker hah? dah la kami dipaksa dan diperas untuk wat pinjaman PTPTN. korang seronok la yer, bulih cekik duit kami, mane tak nya, dlm agreement tulis 32ribu, tup2 bile da dapat, just 28ribu... 4 ribu korang dah cekik dari kami.tu untuk universiti awam,tak citer lagi universiti swasta.haiiih..Sekarang korang declare harga minyak naik just RON97, tu pun naik 5sen ajer, tapi kompem lepas pilihan raya kecil dun galas dengan batu sapi ni harga RON95 akan menyusul.
3. Apa sangatlah korang nak banggakan dengan bagunan tinggi-tinggi tuh, sedangkan ramai lagi rakyat yang sedang menangung azab sensara.. korang kate ekonomi kite mantap, ramai pelabur tapi kenapa dalam kajian dulu tuh korang kate Malaysia kite ni bakal bangkrup? mane otak ekonomi korang tu? kate bijak sangat. bila keluar statement negara bakal bangkrup, korang salahkan pade pemberian subsidi kepada rakyat. tapi korang tak sedar, korang sendiri yang menyebabkan negara bangkrup. kalau korang masih blur lagi dengan ape yang aku cakap ni, meh sini aku bagi contoh. sebagai contoh yang paling utamanya, pembinaan bagunan 100 tingkat yang dicadangkan oleh PNB..alahai nak menangis aku dengar.. kos pembinaannya dekat 5bilion kot. mengalahkan KLCC.
4. Korang rasa sekarang nih korang beruntung lar yer sebab golongan kami di sekat dari berkempen/melibatkan diri dalam politik. mane tak nyer, kalau satu hari nanti golongan kami ni tak lagi di sekat, aku kompem yang kedudukan yang korang kecapi sekarang nie akan tergugat. Kenapa la korang wat akta-akta merepek nih. tak munasabah langsung. so, saranan kami, tolong la hapuskan AUKU. kami akan betul-betul berterima kasih kepada korang kalau korang wat cam tuh dan kami juga berjanji yang kami akan belajar bersungguh-sungguh supaya satu hari nanti kami takkan jadi macam korang.
5. Kalau nak di dikutkan, banyak lagi kami nak tulis kat sini, tapi takut pulak para pembaca blog ni naik boring dengan tulisan kami ni. so, pada pihak UMNO, sila lah pertimbangkan kata-kata kami tuh. di sini diingatkan lagi tentang sokongan kami nie bakal merubah geografi politik di MALAYSIA....ha, jangan main-main taw...hahaha..
Sekian.....
yang benar,
pengundi muda
Cant find a word
1 month ago
0 comments:
Post a Comment