VVIP bB

Wednesday, November 24, 2010

lepak dengan kekawan.

Memandangkan mak dan ayah aku sekarang nie telah berangkat ke kota mekah untuk mengerjakan haji, tinggal lah aku seorang diri dekat rumah yang agak besar ni seorang diri.

Memandangkan jugak adik beradik aku semuanya duduk merantau kat negeri orang. bosan gak sebenarnya dok rumah sorang-sorang ni, tambah lak rumah aku ni agak terpencil di pendalaman. kalau korang datang pada sebelah malam, suasananya memang agak menyeramkan. tambah plk cite orang dulu-dulu yang kat kawasan rumah ni terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri.muahahaha......

Aku tak tahu la samaada korang berminat ke tak, nak baca cerita aku ni. tapi aku tetap nak bercerita jugak sebab nak bagi blog aku ni sentiasa ada entry baru. ha, baru la traffic blog aku ni sentiasa naik, ye tak. aku bukan ape, aku mengharap sangat tahun ni aku akan dapat bayaran 1st dr nuffnang walaupon hanya rm50.hahaha..tak ikhlas betol aku berbloging nih kan...
Read more »

Sunday, November 14, 2010

award kembali lagi

thanx to mizz apple sebab sudi tag baulu bangkit. sori lambat post.sebab da balik kg..hehe

woho...award3...tenkiu2 (sambil2 mengesat air mata yang meleleh)

1. nik name untuk blog nih?
bauLu, bkn bau wa eaa!

2. ucapan untuk pemberi award.
toce2..tuk miz apple .. baru smlm berjalan-jalan kat blog die.

3. fav artis/ singer/ group yang diminati.
Linkin park
Maher Zain
MCR
Simple Plan
Muse
4. tag award pada 10 blogger/ folower.
kacang panjang
kanta khayalan
mashi lala
tia
wani
( baki 4 lagi tu aku pass kat sape-sape yang sudi membalas tag ini.)

ala, pendek jer plk tag kali neh.baru semangat nk tulis entry yang panjang2 dalam usaha nak naik kan balik trafik blog nih..tp takpe,pade miz apple, thanx skali lagi sebab bagi award ni.jasamu tetap dikenang...keh3...
Read more »

lets know something bout me....

Pertamanya, dan tiada keduanya aku nak berterima kasih atas support dari kacang panjang sehingga aku tergerak dan ditolak untuk menerbitkan post berkaitan let know something about me nih..da lama sbnrnya tak main tag-tag ni, so bile tetibe jer ade orang tag, trus jadi ekcited (hehehe) untuk balas soklan-soklan tag nih..

apa benda paling penting dalam hidup anda?

kalau nak disenaraikan memang la banyak, rase-rase panjangnye sepanjang jambatan pulau pinang, tapi disebabkan rasa bersalah kt orang yang nak membacanya nanti, aku pendekkan lah ea. benda yang paling penting adalah, my parent, and my lubby2..hek8...


benda terakhir yang korang beli pakai duit sendiri
?

Read more »

impian

kalau ditanya pada semua tentang impian masing-masing, semua akan berikan jawapan yang indah-indah belaka. begitulah lumrah manusia dan begitu jugalah aku..aku pun ada impian yang tersendiri yang mana setinggi gunung. semegah everest, sekukuh KLCC dan sepanjang banjaran titiwangsa. persoalan nya kini adakah impian kita itu realistik???


Impian memerlukan sikap dan kesungguhan kita dalam memenuhi kehendak yang kita telah tetapkan. tanpanya,impian adalah impian dan sampai bilapun ia tetap akan menjadi impian. hehehe...berfalsafah la pulak. post kali ini berkaitan dengan impian aku. tak unik dan tak grand mane pun. hahaha




ade sesetengah kata, saya ingin rumah yang besar bak istana yang terletak dikaki bukit, namun tidak bagi aku.cukup lah dengan bunglo dua tingat kat tepi shoping komplek yang ade kolam renang tu pun dah memadai bagi aku.

Read more »

Sunday, November 7, 2010

akhirnya...

hai sumer...akhirnya setelah lama blog aku nih ada malware sehinggakan ramai yang complain sush nk bukak blog aku neh akhirnya baru sekarang aku tahu...hehehe..

rupa-rupanya disebabkan oleh banner dari site geng blogger. harap-harap lepas aku remove bende tu, tak kan de lagi ek malware-malware nih...susah ati aku dibuatnye.
Read more »

Wednesday, November 3, 2010

Sebuah perjalanan............

copied from EPISOD PENGAKHIRANKU

..."Wahai anak-anakku , hari ini ibu ingin menasihati kalian...",ibu ikan memulakan bicara, manakala anak-anak ikan setia mendengar.
"nanti bila kamu bersiar-siar atau mencari rezeki di sekitar sungai ini,kamu bakal menemui cacing yang yang enak utk dimakan.ia sungguh mengujakan, tapi ingat wahai anak2ku itu adalah UMPAN...disebalik cacing itu ada mata keluli yg sgt tajam," ujar si ibu ikan bersungguh2.."sekali kamu menggigitnya, kt tdk mampu melepaskan diri ,kesakitan tu baru permulaan je sbb kt akan disentap keluar dari sungai ini, di luar sana segala2nya berbeza dr kehidupan kt di sini dan kita juga akan terpisah buat selama-lamanya...."

anak ikan mengangguk-angguk mendengar dgn teliti...
" mereka tdk akan kembalikan kt ke sini, mereka akan mencekik insang dan membelah perut kt menggunakan pisau yang tajam.kemudian sisik kt akan dikupas dan kulit akan dilapah,rasa sakit tidak terperi bila tubuh dikelar2 dan diatas luka dilumurkan dengan garam.SUBHANALLAH..."

"kesakitan bukan setakat tu je, selapas tu tubuh kalian akan dihumban ke dlm kuali dan kalian akan berenang2 dalam minyak yg panas menggelegak sehingga tubuh kalian rentung dan x ble bergerak. bila dikeluarkan dr kuali tubuh kalian akan diratah,isi2 disiat2 dr tulang belulang, alangkah sakitnya semua itu...subhanallah..."

tinggi alunan suara ibu ikan utk mengingatkan sehingga anak ikan yg plg kecil menekup muka krn membayangkan kengerian keadaan tersebut...

"wahai anak2ku beringatlah srta berfikirlah setiap kali berjumpa dengan umpan tersebut..."semua anak2 ikan bertekad utk berhati2 serta berasa takut...

keesokannya, spt biasa anak2 ikan keluar mencari makanan.perut berkeroncong kuat, tiba2 mrk trnmpak seekor cacing segar yg sgt menyelerakan.liuk lentuk cacing menggugat hati dan perasaan.seekor anak ikan x mampu bertahan lg...tanpa berlengah dia terus meluru ke arah cacing sambil berkata apa yg dceritakan ibu smlm hanyalah utk menakut nakutkan shj, dan si anak ikan terus membaham cacing. agak2 apa yg anak ikan tu rasa??

hmm...si anak ikan x berasa kelazatan pun sebaliknya kesakitan yg teramat sgt ,lelangitnya tertusuk keluli tajam dan tembus..dia disntap keluar dr sungai, tubuhnya menggelupur kuat cuba melepaskan diri namun usahanya gagal..pandangannya kabur dan terus gelap.apa yg diceritakan ibunya smlm akan dilaluinya satu persatu...Ya Allah...


begitulah pementasan dunia kita, berbeza dgn pementasan seterusnya, satu persatu babak akan kita lalui, jk hari ini insaf berbuat dosa, tekad dihati xnak buat lagi, liahtlah pd hari seterusnya kt mudah dianiyai dgn gelora hawa nafsu dan ia sering menewaskan kita,membawa ke kancah dosa, kesimpulannya, manusia itu sentiasa memerlukan peringatan, pengisian, teguran, koreksi diri...segala yg bakal berlaku bukankah telah di khabarkan dlm AlQuran dn sunnah.Namun, kesedapan hidup dan kesenangan duniawai menyebakan kt alpa akan nasib yg bakal dilalui..sedangkan penderitaan yg tidak terperi sakitnya..ASTAGHFIRULLAH...justeru, jangan jd DUNGU, tersedar bila terkena, sebaliknya jd lah org yg bijak yg senantiasa berfikir ttg kesediaan kematian...Wallahua'lam..

copied from EPISOD PENGAKHIRANKU
Read more »

Tuesday, November 2, 2010

minyak naik lg la woi...!!!!

sebelum tu diingatkan, ini bukanlah blog politik, tapi diingatkan kalau hari-hari kami ditekan, dipaksa membayar bagi mengkayakan golongan yang tak sedar-sedar diri ini, jangan panik jika semua undi kami bakal merubah kepimpinan Malaysia suatu hari nanti....
[kami disini merujuk kepada golongan pengundi muda]

SURAT DARI PENGUNDI MUDA KEPADA PIMPINAN TERTINGGI KERAJAAN UMNO
[tak kesahlah diorang baca ke tak, yang penting kami memang tak puas hati ni]

Tuan,

perkara diaatas harap dirujuk. Aku mewakili golongan pengundi muda di Malaysia amat-amat tidak berpuas hati dengan kepimpinan sekarang. kenapalah korang ni saje jer wat point nak bagi kiteorang sakit hati...jangan ingat sebab golongan kami ni kecik, kami tak bagi effact langsung kat jawatan korang sekarang. untuk makluman korang semua, golongan kami ni semakin bertambah dari sehari ke sehari di seluruh Malaysia.

2. Berkaitan dengan isu gula yang naik hari tu, sebenarnya kami tak kesah pun. sebab kami ni hari-hari makan kat kedai, tapi bile korang kacau harga minyak petrol, memang kami naik marah.korang taw tak, kami ni masih belajar lagi. g kelas, g mane-mane just guna motor cabuk dengan kereta yang nak tak nak idup tu jer. korang tak kesian kat kami ker hah? dah la kami dipaksa dan diperas untuk wat pinjaman PTPTN. korang seronok la yer, bulih cekik duit kami, mane tak nya, dlm agreement tulis 32ribu, tup2 bile da dapat, just 28ribu... 4 ribu korang dah cekik dari kami.tu untuk universiti awam,tak citer lagi universiti swasta.haiiih..Sekarang korang declare harga minyak naik just RON97, tu pun naik 5sen ajer, tapi kompem lepas pilihan raya kecil dun galas dengan batu sapi ni harga RON95 akan menyusul.

3. Apa sangatlah korang nak banggakan dengan bagunan tinggi-tinggi tuh, sedangkan ramai lagi rakyat yang sedang menangung azab sensara.. korang kate ekonomi kite mantap, ramai pelabur tapi kenapa dalam kajian dulu tuh korang kate Malaysia kite ni bakal bangkrup? mane otak ekonomi korang tu? kate bijak sangat. bila keluar statement negara bakal bangkrup, korang salahkan pade pemberian subsidi kepada rakyat. tapi korang tak sedar, korang sendiri yang menyebabkan negara bangkrup. kalau korang masih blur lagi dengan ape yang aku cakap ni, meh sini aku bagi contoh. sebagai contoh yang paling utamanya, pembinaan bagunan 100 tingkat yang dicadangkan oleh PNB..alahai nak menangis aku dengar.. kos pembinaannya dekat 5bilion kot. mengalahkan KLCC.

4. Korang rasa sekarang nih korang beruntung lar yer sebab golongan kami di sekat dari berkempen/melibatkan diri dalam politik. mane tak nyer, kalau satu hari nanti golongan kami ni tak lagi di sekat, aku kompem yang kedudukan yang korang kecapi sekarang nie akan tergugat. Kenapa la korang wat akta-akta merepek nih. tak munasabah langsung. so, saranan kami, tolong la hapuskan AUKU. kami akan betul-betul berterima kasih kepada korang kalau korang wat cam tuh dan kami juga berjanji yang kami akan belajar bersungguh-sungguh supaya satu hari nanti kami takkan jadi macam korang.

5. Kalau nak di dikutkan, banyak lagi kami nak tulis kat sini, tapi takut pulak para pembaca blog ni naik boring dengan tulisan kami ni. so, pada pihak UMNO, sila lah pertimbangkan kata-kata kami tuh. di sini diingatkan lagi tentang sokongan kami nie bakal merubah geografi politik di MALAYSIA....ha, jangan main-main taw...hahaha..

Sekian.....

yang benar,

pengundi muda
Read more »

Monday, November 1, 2010

adakah ini DUGAAN-NYA....

Orang kata kehidupan di Kuala Lumpur ni amat-amat mencabar, sehinggakan kita sendiri tidak mampu membayangkan keaadaannya...kemaksiatan berleluasa, kecurangan bermaharajalela. Namun, tidak sekali aku menduga ini yang menimpa keluargaku tatkala ibu dan ayahku sedang menjalankan ibadah haji di mekah...kota suci umat Islam...Mungkin takdir telah tertulis yang ini adalah dugaan terbesar yang diberikan kepada aku sedang mana aku bakal menduduki final exam tak lama lagi....

aku benci dia...insan yang aku gelar abang... sungguh aku tak sangka, sejauh ini dia terpesong... rasa hormatku hancur berderai ketika dia membawa kekasihnya berjumpa dengan aku, sedangkan dia sudah beristeri dan telah dikurniakan beberapa orang anak.....mana perasaan malu mu, mana perasaan menyesal mu, dan mana perasaan belas-kasihan mu terhadap anak-anak serta isteri mu??? aku terkedu, diam seribu bahasa. aku kumpulkan kekuatan, kumpulkan kesabaran, supaya ditabahkan hati ku... Ya allah, aku tidak rela keluargaku berpecah suatu hari nanti....

Mungkin, aku tidak se-sporting orang lain,mungkin juga pemikiran aku kolot, dan mungkin juga aku ni hanyalah budak kampung, tapi aku masih lagi kenal apa itu dosa dan pahala. aku masih lagi kenal apa itu tanggungjawab, dan aku juga aku masih lagi kenal apa itu malu....

aku malu mempunyai abang seperti-nya...Ya Allah, apa patut aku lakukan sekarang??? adakah mendiamkan diri itu adalah pilihan terbaik-ku, dan adakah sebaliknya???

berat mulutku untuk memanggil mu abang, berat tanganku untuk bersalam dengan mu, dan berat langkahku untuk ke rumah mu....abang, bertaubatlah, sebelum ajal menjemputmu, kembali lah ke pangkal jalan... sesungguhnya aku tidak rela untuk melihat anak lelaki mu mengulangi perbuatan mu suatu hari nanti, aku juga tidak rela anak perempuan mu diperlakukan seperti mana engkau lakukan terhadap perempuan-perempuan diluar sana...

Bertaubatlah, sebelum perkhwinan yang engkau bina itu roboh, bertaubatlah sebelum perkara ini dibongkarkan, dan bertaubatlah sebelum segala-galanya dah terlambat....

[PERHATIAN: cerpen diatas hanyalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena antara yang hdup ataupun yang telah meningal dunia, segala persamaan di dalam watak, penulis dahului dengan ucapan SORRRRIIII!!!!]
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Powered by Blogger