VVIP bB

Tuesday, January 24, 2012

ulat bulu paling bahaya kat dunia!!!

korang sume taw tak yang adenya ulat bulu yang paling berbahaya kat dunia nih? nasib baik kat Malaysia ni takde natang nih... ianya wujud kat Amarika Selatan. nama die Lonomia Obliqua.kalo korang sume nak taw, tahap bahayanya ulat bulu nih, sampai bole bawak maut taw tak...ianya menyumbangkan beberapa kematian setiap tahun.

"Lonomia enjoys hiding on the trees’ bark. If you lean against a tree in Brazil or other South American country where Lonomia lives, you might be poisoned by these caterpillars.
Their poison can cause serious bleeding, hemolysis and even death.
You can see the consequences of meeting with Lonomia inside this post."


Read more »

Saturday, January 14, 2012

dulu dan sekarang

hasil daripada gambar yang dicantumkan.tak sabar nak tengok gambar aku masa tua nanti...sekarang dah banyak dah ambil gambar neh..hahaa





Read more »

Saturday, January 7, 2012

kenangan pilu

assalamualaikum...beberapa jam yang lepas, aku tengok balik post-post lame aku, aku tertarik dekat post aku pasal santau.
Dalam entri tu, aku cerita pasal pengalaman keluarga aku dalam menghadapi santau setelah akak kesayangan aku sendiri yang mengalaminya. hiba hati aku bila mengenangkan balik peristiwa lampau.

walaupon dah bertahun lama peristiwa ni berlaku, tapi terasa masih segar dalam ingatan. aku ingat lagi mase aku dapat panggilan telefon dari ayah yang suruh aku pulang segera ke rumah. masa tu, aku tengah lepak kat rumah kawan aku. masa tu, ayah bg tahu aku yang kakak aku sedang nazak. dalam hati aku, tak henti-henti berkata, ni mungkin satu gurauan. susah aku nak percaya sebab baru tiga hari lepas aku ade kat KL jenguk keaadaan dia kat sana.

dengan perasaan yang bercampur baur pada masa tuh, aku pecut laju-laju motor aku, dan lepas sampai kat rumah, aku dan ayah aku begegas ke airport untuk ke KL. mak aku sebenarnya dah berhari-hari dah ada kat KL, sebab teman kakak aku kat sana..

dalam hati aku mase tuh, tak putus-putus berdoa supaya Allah panjangkan umur akak aku, sampai jer kat sana, kami terus ke hospital. masa kat hospital tu, aku tengok mak dan abang-abang aku tak putus-putus baca yasin.

hati aku terdetik, ya allah, teruk benar ke keaadaan kakak ku ni...bile jer melangkah masuk dalam wad tu, aku tengok akak aku sudah koma, malah ada alat bantuan pernafasan di sebelah dia.

hati aku masa tuh memang betul-betul sedih..


maaf, aku tak dpt nk teruskan post ini......

Read more »

Thursday, January 5, 2012

Kool dan kreatif ads..














Read more »

Tuesday, January 3, 2012

kerja yang paling susah di dunia

Ada sesetengah yang berpendapat bahawa kerja yang paling susah ialah bidang yang mereka ceburi seperti kejuruteraan, perubatan dan sebagainya. Namun tidak bagi saya. Kerja yang paling susah bagi saya ialah untuk menjadi seorang ibu yang baik. Semua perempuan boleh menjadi ibu, namun tidak semua yang mampu menjadi yang terbaik. Contoh terdekat pada diri saya ialah ibu saya sendiri. Disebabkan saya dilahirkan sebagai yang terakhir sekali di kalangan adik-beradik, saya kurang melihat kesusahan ibu saya dalam menguruskan rumah tangga sewaktu diawal perkahwinan mereka. Namun, dari penceritaan abang-abang saya, saya sedikit memahami masalah yang pernah mereka rasa dahulu...

Bak kata pepatah, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, namun, 10 orang anak belum pasti lagi boleh menjaga seorang ibu. Menurut abang-abang, sewaktu mereka kecil dahulu, pendapatan ayah sebagai askar amatlah kecil jika dibandingkan dengan bilangan isi rumah yang ramai ketika itu. Disamping memerah keringat dalam melancarkan rumah tangga, ibu tidak terkeculi dalam turut menyumbangkan dalam pendapatan bulanan keluarga.

Pelbagai kerja yang telah dilakukan. Antaranya menjual kuih-muih serta mengabil upah menjahit dan sebagainya. Jika difikirkan, bukan senang melakukan pelbagai kerja dalam suatu masa. Mujurlah, ibu telah dikurniakan dengan anak yang memahami perit ibunya. Abang dan arwah kakaklah yang sedikit sebanyak membantu ibu melakukan kerjanya tanpa sebarang ganjaran. Seawal pagi lagi, abang dan kakak akan bangun pagi, untuk menjual kuih-muih di gerai-gerai sekitar kem tentera.




Alhamdulillah, kehidupan keluarga bertambah baik saban tahun. Sekarang, ibu tidak lagi menghabiskan masanya dalam mencari sumber pendapatan, tetapi kini lebih menumpukan masanya dalam bidang agama. Pada setiap petang Jumaat, ibu akan mengikuti kelas Al-Quran di masjid yang mengajar taranum, dan disebelah pagi pada hari-hari biasa ibu akan mengajar Al-Quran di kampung-kampung sekitar.
Read more »

Monday, January 2, 2012

Countdown new year bersama FRU di UPSI

Saya mulakan post ini dengan soalan: "macam ni ker bakal guru zaman sekarang? orang suruh belajar, belajarla, tak payah sibuk nak berpolitik..

Jawapan saya: "Dulu, Masa tanah melayu mula-mula nak merdeka,guru-guru adalah salah seorang pejuang negara, tungak politik negara, menyebarkan prinsip dan ideologi mereka utk bencikan penjajah. Dan disebabkan itu jugalah, mereka dihormati walaupun tidak bergelar seorang guru lagi. Situasi kini, mereka bangkit sebagai golongan mahasiswa yang mana bencikan penindasan dan sekatan terhadap mereka. Sekarang negara perlu guru yang macam mana?. Adakah memerlukan guru yang hanya makan gaji buta dan buat bisnes sampingan semata-mata? atau seorang guru yang berprinsip dalam sesuatu hal dan tegas menyatakan pendirian walaupun ianya perit untuk ditelan oleh sesetengah pihak? Mereka ada prinsip untuk lakukan perubahan.

Mereka ini bukan lah kuda tunggangan pada mana-mana pihak. Teringat bilamana dulu, mereka bangkit untuk menentang pergantungan pelajar kolej islam di Kedah yang mana dibawah pemerintahan pembangkang, mereka tegas dengan prinsip mereka yang mana ingin bebaskan mahasiswa daripada AUKU. dan kali ini sekali lagi mereka bangkit untuk meneruskan perjuangan mereka bagi meneruskan misi-misi mereka yang belum selesai. Namun, kali ini mereka tidak keseorangan, mereka ditemani oleh pihak pembangkang. Jika difikir logik akal, betulkah mereka ini kuda pihak pembangkang walhal mereka juga yang mengheret isu pengantungan pelajar kolej islam dikedah dulu kepada mahkamah? pada hemat saya, jika kita hendak melawan golongan yang kuat, kita perlukan bergabung dengan golongan lawannya. sifir seperti ini selalu digunakan oleh golongan kerajaan mahupun pembangkang. Jika hendak tentang seorang diri, agak mustahil untuk mencium bau kemenangan.

Kepada masyarakat diluar sana yang masih lagi belum faham apa perjuangan mereka ini, tolonglah jangan menganggap mereka perjuangkan untuk mansuhkan akta untuk berpolitik sahaja, buka lah minda, banyak lagi tuntutan mereka tersebut. suka untuk saya mengigatkan bahawa tumbangnya kerajaan pimpinan Presiden Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia tahun lalu disebabkan oleh tindakan ganas polisnya terhadap mahasiswa yang bernama Mohamed Bouazizi sehingga menimbulkan kemarahan rakyat. Tragedi di UPSI malam tadi siapa tahu??? Disini saya sertakan apakah tuntutan-tuntutan mereka ini.


Enam tuntutan BEBAS oleh mahasiswa berkenaan adalah:

1. Mansuhkan AUKU, Akta 174 dan Akta 556;
2. Bebaskan ilmuan berakademik;
3. Bebaskan mahasiswa untuk bersuara;
4. Bebaskan mahasiswa bagi menguruskan kampus;
5. Bebaskan mahasiswa bagi mengurus tadbir persatuan dan aktiviti; dan
6. Bebaskan mahasiswa bagi berpartisipasi dalam politik



~~Baulu Bangkit menyokong BEBAS~~
Read more »

Sunday, January 1, 2012

Soalan Yg Menjerat Diri!!!

Kenapa anda tak patut sagat-sangat cakap pasal ni.....

Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Powered by Blogger