Ada sesetengah yang berpendapat bahawa kerja yang paling susah ialah bidang yang mereka ceburi seperti kejuruteraan, perubatan dan sebagainya. Namun tidak bagi saya. Kerja yang paling susah bagi saya ialah untuk menjadi seorang ibu yang baik. Semua perempuan boleh menjadi ibu, namun tidak semua yang mampu menjadi yang terbaik. Contoh terdekat pada diri saya ialah ibu saya sendiri. Disebabkan saya dilahirkan sebagai yang terakhir sekali di kalangan adik-beradik, saya kurang melihat kesusahan ibu saya dalam menguruskan rumah tangga sewaktu diawal perkahwinan mereka. Namun, dari penceritaan abang-abang saya, saya sedikit memahami masalah yang pernah mereka rasa dahulu...
Bak kata pepatah, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, namun, 10 orang anak belum pasti lagi boleh menjaga seorang ibu. Menurut abang-abang, sewaktu mereka kecil dahulu, pendapatan ayah sebagai askar amatlah kecil jika dibandingkan dengan bilangan isi rumah yang ramai ketika itu. Disamping memerah keringat dalam melancarkan rumah tangga, ibu tidak terkeculi dalam turut menyumbangkan dalam pendapatan bulanan keluarga.
Alhamdulillah, kehidupan keluarga bertambah baik saban tahun. Sekarang, ibu tidak lagi menghabiskan masanya dalam mencari sumber pendapatan, tetapi kini lebih menumpukan masanya dalam bidang agama. Pada setiap petang Jumaat, ibu akan mengikuti kelas Al-Quran di masjid yang mengajar taranum, dan disebelah pagi pada hari-hari biasa ibu akan mengajar Al-Quran di kampung-kampung sekitar.
0 comments:
Post a Comment