Saya mulakan post ini dengan soalan: "macam ni ker bakal guru zaman sekarang? orang suruh belajar, belajarla, tak payah sibuk nak berpolitik..
Jawapan saya: "Dulu, Masa tanah melayu mula-mula nak merdeka,guru-guru adalah salah seorang pejuang negara, tungak politik negara, menyebarkan prinsip dan ideologi mereka utk bencikan penjajah. Dan disebabkan itu jugalah, mereka dihormati walaupun tidak bergelar seorang guru lagi. Situasi kini, mereka bangkit sebagai golongan mahasiswa yang mana bencikan penindasan dan sekatan terhadap mereka. Sekarang negara perlu guru yang macam mana?. Adakah memerlukan guru yang hanya makan gaji buta dan buat bisnes sampingan semata-mata? atau seorang guru yang berprinsip dalam sesuatu hal dan tegas menyatakan pendirian walaupun ianya perit untuk ditelan oleh sesetengah pihak? Mereka ada prinsip untuk lakukan perubahan.
Mereka ini bukan lah kuda tunggangan pada mana-mana pihak. Teringat bilamana dulu, mereka bangkit untuk menentang pergantungan pelajar kolej islam di Kedah yang mana dibawah pemerintahan pembangkang, mereka tegas dengan prinsip mereka yang mana ingin bebaskan mahasiswa daripada AUKU. dan kali ini sekali lagi mereka bangkit untuk meneruskan perjuangan mereka bagi meneruskan misi-misi mereka yang belum selesai. Namun, kali ini mereka tidak keseorangan, mereka ditemani oleh pihak pembangkang. Jika difikir logik akal, betulkah mereka ini kuda pihak pembangkang walhal mereka juga yang mengheret isu pengantungan pelajar kolej islam dikedah dulu kepada mahkamah? pada hemat saya, jika kita hendak melawan golongan yang kuat, kita perlukan bergabung dengan golongan lawannya. sifir seperti ini selalu digunakan oleh golongan kerajaan mahupun pembangkang. Jika hendak tentang seorang diri, agak mustahil untuk mencium bau kemenangan.
Kepada masyarakat diluar sana yang masih lagi belum faham apa perjuangan mereka ini, tolonglah jangan menganggap mereka perjuangkan untuk mansuhkan akta untuk berpolitik sahaja, buka lah minda, banyak lagi tuntutan mereka tersebut. suka untuk saya mengigatkan bahawa tumbangnya kerajaan pimpinan Presiden Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia tahun lalu disebabkan oleh tindakan ganas polisnya terhadap mahasiswa yang bernama Mohamed Bouazizi sehingga menimbulkan kemarahan rakyat. Tragedi di UPSI malam tadi siapa tahu??? Disini saya sertakan apakah tuntutan-tuntutan mereka ini.
Cant find a word
1 month ago
0 comments:
Post a Comment