pada 17 dis, ahli pemuda umno telah menunjukkan kecetekan mentaliti mereka melalui sebuah video di utube...rentetan daripada tomahan mereka, pihak mahasiswa telahpun membuat kenyataan rasmi berhubung dengan isu tersebut....
melalui video ini, jelas dibuktikan bahawa negara kita amat memerlukan golongan akademik utk menyertai politik...kita jelas boleh menilai tahap mentaliti antara dua golongan tersebut...suka untuk saya mengigatkan, MANSUH AUKU bukan hanya berkisar tentang mahasiswa sahaja, tapi berkisar tentang keseluruh ahli akedemik tak kira lah di universiti ataupun kolej pengajian yang lain..
saya selaku salah seorang yang dicengkam dgn auku sudah penat dengan mainan politik murahan macam ni...hari ni anaunce nk mansuh auku, pada masa yang sama still buat rayuan utk memenangkan kerajaan melalui kes saman 4 mahasiswa yang ditangkap semasa kempen pilihan raya kecil...hari ni anauce mansuh ISA, tapi masih membuat tangkapan tahanan tanpa bicara...video dibawah ini hanyalah jenaka sahaja berikutan kehangatan isu ini...
perang melalui laman sosial jelas lebih selamat dan tidak memerlukan banyak modal..
pada saya, isu turunkan bendera yang xsampai 5minit bukanlah satu isu yang amat besar berbanding isu2 negara yang lain...apa yang dikesalkan, tindakan segelintir penyokong najib dilihat sebagai satu cara untuk membodek dan melobi perdana menteri kita.....
dan terbaru, wira mahasiswa telah diserang oleh seseorang yang tidak dikenali...taksub sangat dengan seseorang yang jelas suatu tindakan yang tidak wajar...kita memerlukan seorang pemimpin yang berani, bijak dan tabah untuk merencana negara suatu hari nanti...kita memerlukan golongan akedemik bagi memberi pandangan yang bernas demi kemajuan negara walaupun pandangan tersebut amat memeritkan...jika benar tindakan mahasiswa yang menurunkan bendara yang tak sampai 5mnt itu biadap dan kurang ajar, adakah tindakan mengugut ingin meludah, mencederakan serta menyerang peribadi Adam Adli itu suatu tindakan yang beradap???
ingin saya ingatkan sekali lagi, yangmana auku bukan hanya untuk mahasiswa sahaja..malah untuk keseluruhan ahli akedemik...kita telah ditindas untuk kesekian lamanya, jika bukan sekarang, bila lagi???kami bukan berniat untuk gulingkan kerajaan, kami hanya meminta agar akta ini dimansuhkan...
ayuh mahasiswa sekalian, tunjukan sokongan anda semua dengan meng'LIKE' page We Are All Adam Adli . sebagai tanda sokongan moral kpd perjuangan mereka...
harus diingatkan, negara kita hari ini ketandusan pemimpin yg mempunyai sifat kepimpinan. menara gading bukanlah tempat untuk melahirkan pelajar yang lemah dan tidak bermaya, malahan menara gading merupakan tempat yangmana melahirkan dan mengasah sifat kepimpinan untuk mamacu negara pada masa hadapan...marilah kita berbalik kepada sejarah lampau yang mana negara kita telah berjaya melahirkan individu yang berpengaruh pada masa ini tanpa melalui AKTA AUKU ini seperti Anuar Ibrahim, Hishamuddin Rais, Adi Satria, Ibrahim Ali dan ramai lagi...
cerita lanjut [DISINI]
0 comments:
Post a Comment