VVIP bB

Saturday, December 31, 2011

Kereta Imaginasi Kanak-kanak

Pernah tak masa anda kecil-kecil dulu, anda melukis kereta masa depan anda sendiri? Sebenarnya saya pernah. Seingat saya, seawal 7 atau 8 tahun lagi saya sering meluangkan masa dengan melukis pelbagai model kereta imaginasi saya. Dari yang boleh digunakan di udara, hinggalah kereta yang boleh menyelam di air.

Disebabkan kanak-kanak sering berimaginasi inilah, maka syarikat pengeluar kereta terkemuka iaitu TOYOTA, telah mengadakan "The Dream Car Art Contest" untuk menerokai imaginasi kanak-kanak dalam mereka bentuk kereta masa depan. Pertandingan ini diadakan saban tahun semenjak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2004. [LIHAT SINI]


Pertandingan ini telah pun berlangsung di Pakistan yang mana ianya memberi peluang kepada kanak-kanak serta ibubapa belajar dan sedar bahawa kereta-kereta pada hari ini direka oleh jurutera pengankutan, perndustrian dan pereka automotif dan bukannya jurutera.

Terdapat pelbagai kategori yang ditawarkan iaitu bawah 10 tahun, 10-12 tahun, dan 13 - 15 tahun. 3 pemenang akan diterbangkan khas ke JEPUN untuk majlis anugerah khas.

Apa yang membanggakan, kanak-kanak kini sedar tentang masalah di persekitaran mereka seperti masalah kesesakan lalu lintas. Kebanyakan daripada mereka, mereka kenderaan yang mampu mengatasi masalah ini seperti kereta terbang dan sebagainya.

Fatimah Noor, 12 tahun mendapat tempat pertama dalam lukisan bertajuk "Monyet Kereta" dan juga berjaya mendapat tempat didalam senarai top 30 antarabangsa dan satu-satunya wakil daripada negara Pakistan.


Ia tidak memerlukan seorang saintis roket untuk melihat mengapa Fatimah membuat kereta berbentuk monyet , bahkan kereta Fatimah sepatutnya dapat bergerak seperti seekor monyet dengan bantuan pokok-pokok untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. 

Syed Ali Ishaq, 9 tahun mendapat tempat kedua dengan kereta aiskrim. Idea ini dilihat sebagai satu langkah untuk mengatasi keadaan global dengan masalah cuaca yang  terik pada masa kini. 


Adeel Ahmed, 8 tahun, mendapat tempat ke-3 dalam lukisan bertajuk "Kereta Burung".


Taha Farooq, 11 tahun, datang dengan idea ambulans berkaki tinggi yangmana boleh memastikan tidak ada sesiapa lagi yang mati disebabkan dengan kesesakan lalulintas. Tidak dinafikan bahawa peperangan telah memberi kesan yang mendalam dan berpanjangan terhadap minda kanak-kanak di Pakistan.


Muhammad Ali Abbasi, 13 tahun, telah melukis sesautu yang dipanggil "Hijau Kedamaian". Sifat tanggungjawab boleh dilihat melalui kanak-kanak ini seawal usia mereka. 


Pertandingan seumpama ini dapat membuka minda ibubapa untuk melihat minat anak-anak mereka yang lebih cenderung kearah mana, dan menjadi tanggungjawab para ibubapa untuk memastikan anak-anak mereka dapat mencapai imaginasi anak-anak mereka lebih-lebih lagi negara pada masa kini yang kekurangan pereka automotif.

SUMBER: pakwheels

Sayangnya, negara Malaysia tidak tersenarai dalam 80 buah negara di 4 buah benua yang layak untuk menyertai pertandingan ini pada tahun ini [LIHAT SINI] . 

p/s: Simpati dengan kanak-kanak di negara kita yang tidak berpeluang untuk menyertai pertandingan ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Powered by Blogger