VVIP bB

Saturday, December 31, 2011

Apa yang Bakal Pelajar Universiti Perlukan?????

Assalamualaikum w.b.t...tidak lama lagi bakai-bakal mahasiswa akan melangkah ke alam universiti.. Sebagai seorang yang senior dekat Universiti ni, saya ada tips berguna untuk adik-adikku semua..Sebelum adik-adik melangkah ke alam universiti, adik-adik perlulah memantapkan/memperkasakan diri dalam skill-skill berikut bagi melancarkan proses pembelajaran adik-adik semua.......skill-skill itu adalah......

1. Skill komunikasi yang baik
-skill ini amat penting untuk adik-adik bagi berkomunikasi dengan baik dengan pensyarah mahupun rakan-rakan...dengan skill ini jugalah akan menaikkan populariti adik-adik dan dapat kenalan baru yang ramai

2. Skill mengampu yang tinggi
-skill ini amat diperlukan apabila adik-adik mendapat markah kuiz yang rendah.. dengan skill ini, adik-adik dapat menaikkan lagi carry mark adik-adik dengan pensyarah.

3. Skill menipu yang mantap
-skill ini amat berguna apabila adik-adik selalu sangat termiss kelas tanpa sebab dan kebetulan pada hari adik-adik tak datang kelas tu, diadakan pula kuiz. Skill ini boleh membantu adik-adik untuk mendapatkan second chance daripada pensyarah.

4. Skill merayu yang excelent
-skill ini amat baik diamalkan bilamana carry mark adik-adik tersangatla rendah., dengan skill ini, adik-adik sekalian dapat membuat test/kuiz untuk kali kedua. tapi peratus peningkatan carry mark tu tidak la tinggi sangat...

5. Penglihatan yang tajam
-skill ini akan memudahkan adik-adik bilamana sedang menghadapi kuiz/test, adik-adik hanya perlu jeling orang sebelah ajer...tanpa skill ini, adik-adik semua akan terkapai-kapai sorang-sorang bile dapat soalan yang agak mencabar...

6. Peramah yang teramat
-untuk menjadi seorang yang berjaya di universiti, adik-adik perlu lah jadi seorang yang peramah.. dengan itu, adik akan dapat ramai kawan, dan seterusnya akan memudahkan adik-adik untuk mengopy assignment....Dengan skill ini juga adik-adik akan dikenali oleh para lecturer. Dengan itu, adik-adik akan mudah untuk mendapat hint/klue untuk test/exam.

7. Memiliki handfon yang canggih
-untuk tips ini, saya tidak tahu untuk meletakkan ianya sebagai salah satu skill ataupun tidak. Namun dengan adanya handfon yang mempunyai kamera ini, adik-adik mampu untuk mengambil gambar untuk dijadikan rujukan semasa menjawab test/kuiz, dan mampu untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berada jauh dari adik-adik semasa test/kuiz tersebut.

8. Memiliki instinct yang kuat
-skill ini amat berguna apabila adik-adik tidak diberikan sebarang hint menjelang musim peperiksaan, dengan skill ini, adik-adik mampu untuk meramal topic apa yang masuk nanti.

tapi AWAS ye adik-adik, jika tertangkap, ini padahnya :-


Kes Penipuan
Sekiranya pelajar didapati terlibat dalam sebarang kes penipuan, di mana penipuan di sini merujuk kepada salah satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih daripada kes-kes seperti:-
• Meniru atau plagiarisme
•Menyalian laporan atau sistem pelajar lain
•Memuat-turun keseluruhan perisian atau sistem dari sumber lain
•Mengupah atau meminta otang lain untuk menyiapkan laporan atau sistem
•Menyalahguna hasil orang lain
•
maka hukuman tatatertib akan diambil terhadap pelajar berkenaan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Kaedah-kaedah Universiti Sains Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 yang boleh membawa kepada pelajar "digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan", atau "dipecat dari universiti" atau hukuman-hukuman lain yang sewajarnya. 

Nasihat: Nasihat saya, jadilah pelajar yang berkualiti, dan jujurlah dengan diri sendiri. Ramai orang yang berkejar-kejar untuk mendapatkan pointer yang tinggi sampaikan kita alpa dengan tujuan sebenar kita untuk belajar iaitu untuk mencari keredhaan Allah. nasihat ini ditujukan juga untuk diri sendiri. Moga-moga diri ini dapat menjadi salah seorang pelajar yang berkualiti suatu hari nanti.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Powered by Blogger