Sahabatku, kuatkan hati mu tatkala ujian Allah datang mengujimu. Kuatkan iman mu untuk hadapi ujian ini dengan redha, tabahkan dirimu untuk mengharungi sisa-sisa hidup ini. Tiada kata-kata dari ku yang dapat menenang kan hatimu, tiada kata-kata yang dapat melupakan kesakitanmu, tiada kata-kata yang dapat menghapuskan kesusahan mu selama ini.
Aku minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat berkata apa-apa bilamana mengetahui musibah yang menimpa dirimu. Aku terkejut, tergamam bila dapat tahu tentang itu. Doa ku semoga engkau tabah dan cekal dengan ujian ini. Jangan lah engkau bersedih dengan musibah ini, dan ingatlah bahawa ganjaran besar menantimu di akhirat kelak untuk orang-orang yang bersabar dengan ketentuan Allah SWT, ingatlah bahawa kesabaran bersama penderitaan adalah besar pahalanya berbanding kesabaran bersama nikmat. dan Yakinlah musibah yang menimpa mu ini hanyalah sementara sahaja di dunia ini, di akhirat kelak jua lah yang kekal abadi.
Sedarlah wahai sahabatku bahawa setiap deritamu, sakitmu, pedihmu akan menghapuskan dosa-dosa mu sebelum ini. Allah tidak pernah menganianyai hamba-hambanya. Dan setiap perancangan Allah SWT adalah yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Allah Maha mengetahui atas tiap-tiap sesuatu.
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”. (surah Al-Baqarah ayat 216)
Sahabatku, disini aku ingin memohon maaf padamu, andai selama ini layanan ku terhadap mu tidak semesra layananku pada sahabat yang lain, semoga engkau tabah menghadapi ujian ini. Aku berharap engkau dapat menerima ujian ini sebagai satu titik permulaan untuk menuju kebahagiaan [KLIKDISINI].
0 comments:
Post a Comment