Assalamualaikum.....aku sebenarnya dah xtaw nk post ape kali nie,tapi ntah mcm mane aku tetiba teringatkan kisah Mustafa Kamal Antartuk...
korang taw tak???jangan terkejut kalau ramai antara kita nie yang xtau sejarah keruntuhan dunia Islam dekat Turki...Saat runtuh nya kerajaan Turki Uthmaniyah... Aku pn xtaw detail sangat pasal cite ni, tapi aku ade wat research sket pasal die kat internet. yang mengejutkan aku tadi, mase aku syok cari pasal kamal antartuk,tetibe aku ade terbaca pasal anwar antartuk kat malaysia....ish,terkejot gak la aku,rupanya tu anwar ibrahim... xnak la aku ulas pasal politik nih,kalo nk taw, cari la sdri ea...
p/s: macam2 cara org buat utk malukan org lain kan.....
kisah die panjang sebenarnya,tapi jgn risau, aku akn cuba pendekkan yer...
Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:
Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M)
benda yg dia ubah selepas jatuhnya kerajaan Uthmaniah:
- mengubah ucapan Assalamualaikum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang).
- menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan pemerintahan kuku besi.
- Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki.
- Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan.
- Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.
- membebaskan Greek dari jajahan Turki.
- memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki.
- meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.
- mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat.
- menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha
- melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.
- menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendirikan sebuah gedung.
- melarang poligami.
- membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam.
- Beliau membatalkan cuti hari Jumaat.
- melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.
- menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.
- menukar Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki.
- berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Belai membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama.
- Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
- Menggalakkan minum arak secara terbuka.
- Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
- Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
- Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
- Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Sebenarnya banyak lagi benda yg dia dah ubah. tapi ni jer yg dapat aku sediakan...pasal history hidup die,len kali aku citer....
diambil dari sumber ini dan ini
0 comments:
Post a Comment