aku sebenarnya rasa sedih dan cukup terkilan dengan peristiwa ini,walaupun aku xda kena mengena dengan keluarga arwah. untuk update, nie bukan kali pertama polis melepaskan tembakan rambang dekat suspek,Disember lalu ada wanita yang ditembak polis sebelum disahkan dia penjenayah, dan tahun lepas lak Shahril Azlan, 25, ditembak dari sipi kiri dan banyak lagi... lebih mendukacitakan mangsa dilabel sebagai penjenayah...
ok, aku ada baca berita tentang kematian remaja nie daripada 4 website...aku start citer aku nie dengan website utusan dulu. utusan menceritakan pasal celoteh sharizat yang " berkata, pengawasan yang ketat terhadap anak remaja adalah antara pendekatan yang boleh mengurangkan risiko mereka menjadi mangsa keadaan termasuk ditembak pihak berkuasa kerana disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah." aku pn terfikir, kenapa nak salah kan mak bapak budak tu plak? sedangkan polis yg menembak... kita baca lagi ape komen menteri kita ni
''Ibu bapa perlu memantau dan mengawasi pergerakan anak masing-masing bagi menjamin keselamatan diri serta nyawa mereka.
''Kita tidak boleh cuai terhadap anak-anak kerana kita tidak tahu apa yang mungkin berlaku atau menimpa kepada mereka ketika keluar rumah," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
WHAT??? salah mak bapak lagi???xder pulak ulas pasal kesalahan pihak polis tuh... tahu la puan kita nie menteri pembagunan wanita, keluarga dan masyarakat, tapi tak kan totaly salah parent diorang...emm satu lagi persoalan aku,sejak bila kat malaysia nie ada perintah berkurung???keluar lebih dari kol 2 kena tembak..
website ke-dua aku baca ialah website berita harian. website nie citer pasal Siasatan kes remaja mati kena tembak telus, adil... aku pun terpikir....betul2 adil ker siasatan tuh...yang kes sebelom2 nie adil x??? ok, jap lagi aku bagi tau kenapa aku meragui keadilan siasatan tuh...
website ke-tiga yang aku baca ialah website malaysia kini. dalam website nie plak citer pasal Tubuh inkues siasat pembunuhan Aminulrasyid. artikel kat website nie lak cite pasal kepincangan dalam jabatan polis semasa mengendalikan kes... kite tgk petikan kata2 Presiden, Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan “Mengambilkira kepentingan rakyat, punca kematian sedemikian hendaklah dikendalikan mengikut prosedur mahkamah dan satu inkues di bawah kuasa kehakiman ditubuhkan,”
“Jumlah kematian yang semakin meningkat akibat ditembak polis menimbulkan prasangka masyarakat bahawa anggota polis amat cuai dan tidak mengikut prosedur ketika menjalankan tugas,” ..... daripada ketiga-tiga akhbar nie xde plak yang temuramah famili dia ek..
ok,kite tengok lak website yang last skali aku bukak...website harakah daily. harakah melaporkan yang keluarga kepada pelajar berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis Isnin lalu, melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap Ketua Polis Negeri Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang seolah-olah menuduh anak mereka sorang penjenayah. alahai,kesiannya...tapi pelik jugak ek,polis kate jangan wat spekulasi awal sebab kes dalam siasatan, tp kenapa ketua polis selangor boleh wat andaian cam tuh plk???
em,kite baca lak ape kawan2 arwah kate...
“Saya kenal allahyarham masa tadika lagi. Masa kecil lagi saya kenal dia. Kami main bola setiap hari, memang rapatlah. Dia memang baik, dia peramah. Mana ada ada merompak-merompak ini, tidak pernah.
“Allahyarham memang baik sebab saya kawan dengan dia dari kecil. Keesokan hari sekitar jam 11 atau 12 saya dapat tahu melalui kawan saya, saya terus terduduk, terus menangis.
“Polis memang tak patut la tembak, kalau boleh tembak tayar, ini tembak kepala pula memang tak patutlah,” katanya.
tujuan aku baca berita nie dari pelbagai sumber ,supaya kita boleh menilai dan mentafsir sendiri keadaan sebenar...kita jangan totally percaya dekat media arus perdana sebab kemungkinan diorang hanya nk backup kerajaan...
kejadian ini sememang nya tak patut langsung..aku bukan nak salahkan polis sepenuhnya, tugas polis menjaga kenteteraman, tapi kalo polis yg menimbulkan kekecohan, macam mana kita nk hidup dengan tenteram...
ok, katakan nie kes terperncil, human error,biasalah, tp macam mana kalo ditakdirkan nnti kite plak berada ditempat arwah, sebab ini bukan kejadian yang pertama berlaku kat negara kita nie,ada kemungkinan ianya akan berulang lagi....kalo ini betul2 berlaku kat kita,ape yang akan terjadi kat famili kita nanti???