Assalamualaikum wbt...sempena dengan minggu induksi pelajar baru UMP, saya selaku pelajar lama disini ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik sekalian kerana berpeluang untuk sambung belajar dan selamat memulakan sesi pembelajaran....
disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak gambar-gambar di sekitar UMP kampus Pekan kepada adik-adik sekalian dan semoga dengan gambar ini, adik-adik akan dapat mengakis pandangan negetif yang adik pernah dengar daripada rakan-rakan ataupun daripada internet... Fokus gambar-gambar ini lebih terarah kepada UMP kampus Pekan kerana saya merupakan pelajar disana yang lainnya,Insyaallah, mungkin di post yang lain, saya akan cuba mengupload gambar di sekitar gambang pula.
![]() |
Tanjung Selangor |
Kampus UMP di Pekan
![]() |
Perpustakaan |
![]() |
Kuala Pahang |
Selain daripada itu, pelajar juga boleh memainkan peranan yang khusus dalam memajukan sosioekonomi di kawasan tersebut dan dapat menjadi ejen/duta kepada pihak universiti dalam menaiktaraf pemikiran/mentaliti penduduk sekitarnya.
![]() |
Tanjung Selangor |
Kuatkan semangat, dan bersama-sama lah kita memajukan UMP dalam mencapai visi iaitu merupakan sebuah salah satu universiti yang bertaraf antarabangsa.
![]() |
Tanjung Selangor |
Terdapat pelbagai usaha ataupun program yang dijalankan oleh pihak universiti mahupun mahasiswa dalam mendekatkan masyarakat setempat dengan persekitaran universiti, diharap aktiviti kemasyarakatan ini dapat disambung oleh generasi-generasi pelapis yang akan datang khususnya para pelajar pada sesi kali ini.
Antara aktiviti yang mendapat tempat dikalangan masyarakat setempat adalah Festival layang-layang tradisional dan moden yang dianjurkan oleh pihak universiti sendiri dan dibantu oleh tiga kelab fakulti iaitu elektrik, pembuatan dan mekanikal.
Saya tinggalkan anda semua dengan gambar-gambar pemandangan di langit UMP Pekan....
0 comments:
Post a Comment