VVIP bB

Sunday, September 23, 2012

apa yang telah kita selalu salah faham

situasi: dalam tren

A: uish, bangla ni, time orang nak masuk tren, time ni la die nyemak,da la busuk..
B: a'ah la, macam bau bangkai jer.

situasi: dekat rumah

A: aduh, macam ada kesan orang umpil la kt pintu ni.
B: ni mesti kerja bangla neh!

situasi: dekat taman

A: banyak betul sampah sarap kat sini kan.
B: tuh! cube ko tengok tuh, mat-mat bangla tgh dok lepak, dorang punya kerja la neh.

situasi: berita tv

A: ada kes bunuh lagi la semalam. dasyat, kene sembelih.
B: hmm, xheran sekarang ni, bangla bersepah kt negara kita.

situasi: dalam rumah

A: nak, hati-hati mase balik dari sekolah tu, bangla ada kat mana-mana jer ni.
B: baik mak!


sebenarnya banyak lagi situasi yang aku boleh sebutkan, tapi cukup lah dengan beberapa contoh tu. kalau ditanya pada semua orang, pastinya setiap daripada kita amat membenci warga bangladesh ni. tidak dinafikan, dekat Malaysia ni ada ramai warga Bangladesh, seolah-olah negara kita ni merupakan negara kedua mereka. tapi itu bukannya motif untuk kita menyalahkan segala-galanya kepada warga bangladesh. aku bukannya nak mengagung- agungkan mereka, banyak jugak yang 'rosak', yang jahat, yang gatal dan sebagainya.

niat post aku kali ni bukan nya nak membela kaum mereka, cuma nak mendedahkan dan mengubah minda kita terhadap warga bangladesh. aku dulu pon anti sangat dengan golongan bangladesh ni.aku ada satu pengalaman menarik untuk dikongsi bersama korang semua.

pada akhir tahun lepas, group aku telah ditugaskan oleh u aku untuk membuat satu kajian tentang culture orang jepun, lokasi group kiteorang pilih dekat Chiba. masa tu kiteorang dah peneng-pening lalat dah cam mana nk pergi. contact person pun takde kat jepun tuh. pastu, bila search2 kat facebook, terjumpa lah sorang warga malaysia kat sana.

dipendekkan cerita, masa kami nak berangkat ke Jepun tuh, kiteorang dapat berita yang contact person kiteorang terpaksa pergi out station. tak tau la pulak kat mana, email pun tak balas, telefon pon tak angkat. masa tu punya lah kiteorang gelabah. mana taknye, sampai kat Jepun, tak taw nak tinggal kat mana. nak sewa hotel, tak boleh, sebab bajet kiteorang cukup2 jer nak tampung belanja makan minum jer. so, bagi memudahkan kami untuk mencari tempat tinggal, kami mengubah lokasi kajian kami daripada Chiba ke Tokyo. takut la pulak kalo kat Chiba tu nanti, takde sorang pon yang faham bahasa inggeris.

kami cuba untuk mendapatkan bantuan daripada malaysian student hause disana untuk penginapan kami, tapi apa yang amat mengecewakan, permintaan kami itu tidak dilayan oleh mereka. ayat yang paling menguris hati kami ialah " rumah ni adalah khas untuk student malaysia yang belajar kat jepun jer, kami mintak maaf, kami tak dapat sewakan rumah ni utk kamu semua". dalam hati aku berkata " kalau dah orang melayu sendiri takleh bantu sesama kita, inikan pulak orang lain"

alhamdulillah, group kami telah dipertemukan secara tak sengaja kepada seorang warga bangladesh yang amat prihatin selepas kami menunaikan solat di sebuah surau di Oji-kami-ya.

tersentuh hati kami apabila orang bangladesh tu, duduk bersila bersama-sama kami dan cuba memahami kesulitan yang kami hadapi. dia bertanyakan soalan satu persatu, daripada tujuan kiteorang , bajet kiteorang, bekalan makanan kiteorang dan sebagainya.

tiba-tiba dia diam untuk beberapa minit, kemudian dia offer-kan kiteorang tempat tinggal, iaitu tinggal bersama-sama keluarganya. pada mulanya akulah orang yang paling gembira bilamana dia menawarkan tempat tinggal tu, tapi, tiba-tiba terlintas dalam benak kepala aku, " dia ni orang Bangla! patut ker aku percaya?"

disebabkan kiteorang takder option lain, kiteorang terima tawaran dia tuh. kiteorang panggil dia WAHAB BHAI. rumah dia dekat Oji-Kami-ya.kiteorang bersyukur sangat-sangat sebab dipertemukan dengan dia, berkat dengan izin tuhan. dia seorang yang sangat baik, warak dan seorang yang funny. dia juga telahpun berkeluarga dan dikurniakan dua orang anak.

walaupun keaadaan tempat tinggal yang diberikan olehnya tidak se-selesa hotel atau rumah tumpangan yang lain, namun, bagi diriku sendiri rasa amat-amat bersyukur.

selama 10 hari kami berada disana, cukup memberikan kami pengalaman yang amat-amat berharga. saudara wahab bhai juga sempat membawa kami mendaki gunung yang tertinggi di Asia iaitu gunung Fujiyama, menaiki roller coster yang tertinggi di dunia, membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang diberikan kepada kami iaitu dengan membawa kami melawat tempat-tempat pertanian orang Jepun, kami dapat melihat dengan mata kami cara kehidupan masyarakat kampung disana.

tidak terbayang oleh aku, ketinggian budi dan perikemanusiaan yang ditunjukkan oleh wahab bhai. langsung tidak sama seperti yang ditunjukkan oleh student-student melayu kita dekat sana. walaupun tidak semua macam tuh, tapi kami betul-betul amat terkilan dengan layanan dan sikap angkuh mereka.

kalaulah kami tak jumpa dengan saudara wahab bhai, mcm mana nasib kami nanti??? bolehkah kajian kami ni berjalan dengan lancar??? bolehkah kami survive di negara Jepun dalam keaadaan musim sejuk??? dan pada siapakah lagi yang patut kami minta pertolongan???

pertemuan dengan nya amat-amat merubah persepsi kami terhadap warga bangladesh,tidak semuanya jahat malah rasanya sesetengah masyarakat kita lebih teruk lagi pada golongan bangladesh ni. kami juga turut diperkenalkan kepada warga bangladesh yang lain seperti Firus bhai, Naim bhai dan Karim bhai.

apa yang membanggakan kami ialah, mereka dapat ceritakan satu persatu pasal mantan perdana menteri kita iaitu TUN DR MATHADIR MUHAMMAD



1 comments:

Anonymous said...

saloh eje tu sepu.. TUN DR MAHATHIR la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Powered by Blogger