VVIP bB

Sunday, September 23, 2012

apa yang telah kita selalu salah faham

situasi: dalam tren

A: uish, bangla ni, time orang nak masuk tren, time ni la die nyemak,da la busuk..
B: a'ah la, macam bau bangkai jer.

situasi: dekat rumah

A: aduh, macam ada kesan orang umpil la kt pintu ni.
B: ni mesti kerja bangla neh!

situasi: dekat taman

A: banyak betul sampah sarap kat sini kan.
B: tuh! cube ko tengok tuh, mat-mat bangla tgh dok lepak, dorang punya kerja la neh.

situasi: berita tv

A: ada kes bunuh lagi la semalam. dasyat, kene sembelih.
B: hmm, xheran sekarang ni, bangla bersepah kt negara kita.

situasi: dalam rumah

A: nak, hati-hati mase balik dari sekolah tu, bangla ada kat mana-mana jer ni.
B: baik mak!

sebenarnya banyak lagi situasi yang aku boleh sebutkan, tapi cukup lah dengan beberapa contoh tu. kalau ditanya pada semua orang, pastinya setiap daripada kita amat membenci warga bangladesh ni. tidak dinafikan, dekat Malaysia ni ada ramai warga Bangladesh, seolah-olah negara kita ni merupakan negara kedua mereka. tapi itu bukannya motif untuk kita menyalahkan segala-galanya kepada warga bangladesh. aku bukannya nak mengagung- agungkan mereka, banyak jugak yang 'rosak', yang jahat, yang gatal dan sebagainya.

niat post aku kali ni bukan nya nak membela kaum mereka, cuma nak mendedahkan dan mengubah minda kita terhadap warga bangladesh. aku dulu pon anti sangat dengan golongan bangladesh ni.aku ada satu pengalaman menarik untuk dikongsi bersama korang semua.

pada akhir tahun lepas, group aku telah ditugaskan oleh u aku untuk membuat satu kajian tentang culture orang jepun, lokasi group kiteorang pilih dekat Chiba. masa tu kiteorang dah peneng-pening lalat dah cam mana nk pergi. contact person pun takde kat jepun tuh. pastu, bila search2 kat facebook, terjumpa lah sorang warga malaysia kat sana.

dipendekkan cerita, masa kami nak berangkat ke Jepun tuh, kiteorang dapat berita yang contact person kiteorang terpaksa pergi out station. tak tau la pulak kat mana, email pun tak balas, telefon pon tak angkat. masa tu punya lah kiteorang gelabah. mana taknye, sampai kat Jepun, tak taw nak tinggal kat mana. nak sewa hotel, tak boleh, sebab bajet kiteorang cukup2 jer nak tampung belanja makan minum jer. so, bagi memudahkan kami untuk mencari tempat tinggal, kami mengubah lokasi kajian kami daripada Chiba ke Tokyo. takut la pulak kalo kat Chiba tu nanti, takde sorang pon yang faham bahasa inggeris.

kami cuba untuk mendapatkan bantuan daripada malaysian student hause disana untuk penginapan kami, tapi apa yang amat mengecewakan, permintaan kami itu tidak dilayan oleh mereka. ayat yang paling menguris hati kami ialah " rumah ni adalah khas untuk student malaysia yang belajar kat jepun jer, kami mintak maaf, kami tak dapat sewakan rumah ni utk kamu semua". dalam hati aku berkata " kalau dah orang melayu sendiri takleh bantu sesama kita, inikan pulak orang lain"

alhamdulillah, group kami telah dipertemukan secara tak sengaja kepada seorang warga bangladesh yang amat prihatin selepas kami menunaikan solat di sebuah surau di Oji-kami-ya.

tersentuh hati kami apabila orang bangladesh tu, duduk bersila bersama-sama kami dan cuba memahami kesulitan yang kami hadapi. dia bertanyakan soalan satu persatu, daripada tujuan kiteorang , bajet kiteorang, bekalan makanan kiteorang dan sebagainya.

tiba-tiba dia diam untuk beberapa minit, kemudian dia offer-kan kiteorang tempat tinggal, iaitu tinggal bersama-sama keluarganya. pada mulanya akulah orang yang paling gembira bilamana dia menawarkan tempat tinggal tu, tapi, tiba-tiba terlintas dalam benak kepala aku, " dia ni orang Bangla! patut ker aku percaya?"

disebabkan kiteorang takder option lain, kiteorang terima tawaran dia tuh. kiteorang panggil dia WAHAB BHAI. rumah dia dekat Oji-Kami-ya.kiteorang bersyukur sangat-sangat sebab dipertemukan dengan dia, berkat dengan izin tuhan. dia seorang yang sangat baik, warak dan seorang yang funny. dia juga telahpun berkeluarga dan dikurniakan dua orang anak.

walaupun keaadaan tempat tinggal yang diberikan olehnya tidak se-selesa hotel atau rumah tumpangan yang lain, namun, bagi diriku sendiri rasa amat-amat bersyukur.

selama 10 hari kami berada disana, cukup memberikan kami pengalaman yang amat-amat berharga. saudara wahab bhai juga sempat membawa kami mendaki gunung yang tertinggi di Asia iaitu gunung Fujiyama, menaiki roller coster yang tertinggi di dunia, membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang diberikan kepada kami iaitu dengan membawa kami melawat tempat-tempat pertanian orang Jepun, kami dapat melihat dengan mata kami cara kehidupan masyarakat kampung disana.

tidak terbayang oleh aku, ketinggian budi dan perikemanusiaan yang ditunjukkan oleh wahab bhai. langsung tidak sama seperti yang ditunjukkan oleh student-student melayu kita dekat sana. walaupun tidak semua macam tuh, tapi kami betul-betul amat terkilan dengan layanan dan sikap angkuh mereka.

kalaulah kami tak jumpa dengan saudara wahab bhai, mcm mana nasib kami nanti??? bolehkah kajian kami ni berjalan dengan lancar??? bolehkah kami survive di negara Jepun dalam keaadaan musim sejuk??? dan pada siapakah lagi yang patut kami minta pertolongan???

pertemuan dengan nya amat-amat merubah persepsi kami terhadap warga bangladesh,tidak semuanya jahat malah rasanya sesetengah masyarakat kita lebih teruk lagi pada golongan bangladesh ni. kami juga turut diperkenalkan kepada warga bangladesh yang lain seperti Firus bhai, Naim bhai dan Karim bhai.

apa yang membanggakan kami ialah, mereka dapat ceritakan satu persatu pasal mantan perdana menteri kita iaitu TUN DR MATHADIR MUHAMMAD



Read more »

Sunday, September 9, 2012

kegilaan ku....

Assalamualaikum....

Allhamdulillah, selesai sudah latihan industri aku di kilang Canon Opto, Shah Alam...banyak benda yang telah aku pelajari sepanjang 3 bulan di sana...Benda yang paling penting yang dapat aku serapkan ialah sikap dalam bekerja bagi orang jepun yang sememangnya mementingkan kesempurnaan dan penjimatan dari segi cost....

sebenarnya post kali ini bukanla nak cerita pasal pengalaman semasa menjalankan latihan industri, tetapi nak ceritakan bagaimana hobi memancing ku makin lama makin menjadi-jadi... kalau nak kirakan pasal pengetahuan aku dalam dunia mancing ni memang la boleh dikatakan takde langsung, joran aku pulak baru berusia tak sampai setahun, tapi dengan semangat yang berkobar-kobar nak jadi raja pancing, aku gagahkan jua diri ni utk pelajari ilmu memancing....hahaha

 aku sempat ikut staf di sana pergi mancing dekat tanjung harapan, di kolam berbayar Sea Lion.. agak mahal bayaran dikenakan berpatutan dengan saiz kolam yang besar dan ikan-ikan yang terdapat kat situ... 1st trial aku mancing kat situ memang hampeh...baling joran pn boleh sangkut kat bumbung...maklumla, sebelum ni memang aku tak biasa mancing kt kolam. lebih-lebih lagi yang berbumbung. biasa aku mancing pun kat pesisir pantai dan di muara sungai.teknik balingan pula jauh berbeza...

mujur abang-abang staff tak jemu-jemu mengajar aku cara balingan yang betul. tup-tup jer, mata kail aku disambar ikan...kuat jugak la die tarik mata kail aku. mungkin sebab terlalu gairah, aku dok pulun jer pusing mesin pancing aku...last-last putus tali..haih...mungkin sebab sebelum ni xpenah merasa lagi ikan besar tarik pancing aku, sebab tu la yang rase xcited sgt2 time tuh...biasa dapat ikan pun saiz 2 - 3 jari jer...tarik pn biasa jela...

duduk dalam 5-6 minit, member sebelah aku ni pulak dapat ikan.. ikan jenahak katanya...agak besar jugak la...anggaran dalam 2kilo setengah cam tu la...punye la sakit ati aku mase tu..kalo la aku yg dapat, memang aku nak tayang puas-puas kat muka membe aku nih..hahaha...

sejak pada tu, bole dikatakan tiap-tiap hari aku dok melayan cite river monsters kat youtube..memang syok beb pancing ikan besar neh... tambah-tambah lagi aku ada tengok die dpt ikan sampai makan masa 4jam setengah baru bole naikkan ikan tu.. ikan ape tu, aku sdri pn da lupa..minat untuk mancing pun semakin membuak-buak..insyaallah, sabtu nanti aku akan pergi sekali lagi kat kolam tu, dan diharapkan kali ini akan dapat hasil yang lumayan..maklum la, kalo dulu pergi dengan ilmu 0, kali ini, aku da buat sedikit preparation.. dah banyak kali dah aku cari tips2 nak pancing kat kolam tu...harap2 menjadi la yer....


Read more »

Monday, September 3, 2012

Welcome to UMP

Assalamualaikum wbt...sempena dengan minggu induksi pelajar baru UMP, saya selaku pelajar lama disini ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik sekalian kerana berpeluang untuk sambung belajar dan selamat memulakan sesi pembelajaran....

disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak gambar-gambar di sekitar UMP kampus Pekan kepada adik-adik sekalian dan semoga dengan gambar ini, adik-adik akan dapat mengakis pandangan negetif yang adik pernah dengar daripada rakan-rakan ataupun daripada internet... Fokus gambar-gambar ini lebih terarah kepada UMP kampus Pekan kerana saya merupakan pelajar disana yang lainnya,Insyaallah, mungkin di post yang lain, saya akan cuba mengupload gambar di sekitar gambang pula.

Tanjung Selangor
Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah universiti teknikal yang yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan. UMP komited dalam membangunkan sumber kapital manusia dan teknologi untuk memenuhi keperluan industri serta menyumbang kepada pembangunan negara. 



Kampus UMP di Pekan

Perpustakaan
Kampus tetap UMP kini telah mula beroperasi di Kuala Pahang, Pekan pada 27 Julai 2009. Ia menempatkan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP). Kampus seluas 642 ini boleh menampung sehingga 10,000 orang pelajar dan 2,000 orang staf.





Komen Peribadi 
Kuala Pahang
 Terletak di kawasan terpencil dan pendalaman mungkin merimaskan kepada sesetengah pelajar, namun bagi saya, ianya merupakan satu kelebihan kepada pelajar itu sendiri untuk lebih menghayati keindahan semulajadi yang masih banyak belum diterokai.

Selain daripada itu, pelajar juga boleh memainkan peranan yang khusus dalam memajukan sosioekonomi di kawasan tersebut dan dapat menjadi ejen/duta kepada pihak universiti dalam menaiktaraf pemikiran/mentaliti penduduk sekitarnya.

Tanjung Selangor
Walaupun terdapat pelbagai komen-komen negetif yang bertiup kencang di media siber, namun diharap ianya tidak mematahkan semangat para pelajar dalam meneruskan sesi pembelajaran pada masa akan datang...


Kuatkan semangat, dan bersama-sama lah kita memajukan UMP dalam mencapai visi iaitu merupakan sebuah salah satu universiti yang bertaraf antarabangsa.

Tanjung Selangor


Terdapat pelbagai usaha ataupun program yang dijalankan oleh pihak universiti mahupun mahasiswa dalam mendekatkan masyarakat setempat dengan persekitaran universiti, diharap aktiviti kemasyarakatan ini dapat disambung oleh generasi-generasi pelapis yang akan datang khususnya para pelajar pada sesi kali ini.

Antara aktiviti yang mendapat tempat dikalangan masyarakat setempat adalah Festival layang-layang tradisional dan moden yang dianjurkan oleh pihak universiti sendiri dan dibantu oleh tiga kelab fakulti iaitu elektrik, pembuatan dan mekanikal.

Saya tinggalkan anda semua dengan gambar-gambar pemandangan di langit UMP Pekan....





Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Powered by Blogger