VVIP bB

Monday, November 14, 2011

Surat Rayuan Rasmi berkaitan dengan kegagalan melengkapkan modul subjek softskill 2

[nama terpaksa dirahsiakan],

Universiti [nama terpaksa dirahsiakan],
Beg Berkunci 12,
Kuantan,
25500 Pahang.

__________________________________________________________________________

[nama terpaksa dirahsiakan],

Ketua Program Kemahiran Insaniah,

Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan,

Universiti [nama terpaksa dirahsiakan],
Beg Berkunci 12,
Kuantan,
25500 Pahang.

Puan,

Rayuan berkaitan dengan kegagalan melengkapkan modul UHS2011

Merujuk perkara diatas, saya [nama terpaksa dirahsiakan] ingin menyatakan bahawa saya telah menghadiri kesemua modul UHS2011 dan menafikan sekerasnya bahawa saya tidak hadir pada 16 Oktober 2011 iaitu pada aktiviti 2 berlangsung.

2. Berikutan dengan status gagal/tidak kompiten dalam melengkapkan modul UHS2011 yang telah pihak puan nyatakan, saya merasakan amat dukacita dan teraniaya. Saya merasa ragu bilamana nama saya turut disenaraikan gagal menghadiri aktiviti 2, walhal saya telah menghadiri kesemua modul dan telah mendaftarkan id sebelum program berjalan. Saya juga merasa ragu dan kesal dengan fungsi pihak puan (fasilitator) yang mengambil id pelajar sebelum aktiviti berjalan, sedangkan nama saya tidak termasuk dalam rekod kehadiran pihak puan.

3. Disini saya sertakan lampiran mengenai saksi kedatangan saya pada hari tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, saya ingin merayu agar pihak puan dapat mempertimbangkan status gagal/tidak kompiten saya dalam subjek UHS2011 ini. Jasa baik pihak puan amatlah diharapkan dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

………………………………………….

[nama terpaksa dirahsiakan]


2 comments:

Atia_gadismelayu said...

mcm mana leh tau fail..??

belia bangkit said...

die ada kua kt memo dlu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Powered by Blogger