VVIP bB

Monday, September 5, 2011

Lucu Tapi Sakit Hati!!!!



Semua ibubapa boleh dikatakan suka berbangga-bangga dengan pencapaian anak masing-masing. Semenjak dari tadika hinggalah masuk dialam perkerjaan.Allhamdulillah, aku telah dikurniakan dengan pengalaman sebegini supaya aku dapat berkongsi sebahagiaannya dengan pembaca blog ni.

Kisahnya begini, pada minggu kedua umat Islam menunaikan ibadah puasa, aku dengan mak aku pergi kerumah sepupu aku, katanya dia telah selamat melahirkan anak sulung dia. Kebetulan masa tu ada ibu mertua dia.

Nak dijadikan cerita, mak cik tu (ibu mertua sepupu aku tu) tanya pada aku, “anak ni belajar kat mana?” aku pun dengan bangganya menjawab, “saya ni belajar kat UMP makcik.” “Ooo UMP, Universiti Pahang la tu kan?”, sambungnya. “a’aah, betul la tu makcik”, jawabku ringkas. “Dulu, sebelum masuk universiti ni belajar kat mana?”, sambungnya lagi. “ Dulu saya ni belajar kat kolej matrikulasi Peneng makcik”. “Umur anak ni berapa?” tanyanya lagi. “Ooo, umur saya baru 22 tahun jer”. “Tahun dua la ni kan sekarang ni?” “Betul la tu makcik”..........

“Anak makcik ada sorang, perempuan, dia dulu belajar dekat Politeknik Arau, ambil diploma elektrik, sekarang ni dia sambung degree dekat Utem. Dia dapat 3 pointer dulu, terus sambung kat sana, ambik elektronik”, ujarnya. “Ooo….bagus la tu makcik, saya pun ambil elektrik juga, tapi elektrik sistem kuasa”.

“Dulu, anak dapat berapa jer pointer masa kat matrik tu?”, aku masa tu dah mula rasa segan dah nak cerita, sebab result aku tak la bagus sangat. “Saya dulu, dapat sikit jer makcik, 2 lebih-lebih jer. “Ooo..tak sampai 3 pointer la macam tu, patut la anak ni dapat belajar kat UMP kan?, tak macam anak makcik ni, dapat 3 pointer, sebab tu la sambung kat Utem, Universiti teknikel. Tiba-tiba jer aku rasa tersentap, tergamaknya makcik tu cakap macam tu depan mak aku. Aku masa tu dah terdiam, tak tau nak cakap apa lagi dah kat makcik tu, hati aku berkata, macam la Utem tu U elit kat Malaysia ni.

“Anak makcik tu sebenarnya bukannya mintak pon kat Utem tu, dah dapat 3 pointer kan, Utem yang datang cari anak makcik. Kalau yang bawah 3 pointer ni la diorang hantar kat Universiti bertaraf negeri-negeri ni, macam Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), U Perlis (Unimap)”. Tiba-tiba aku rasa macam nak hangin satu badan jer, dengan geramnya aku menjawab, “eh, bukan macam tu makcik, saya dulu memang sengaja mintak kat Universiti Pahang ni, sebab dekat sikit dengan rumah kan, hujung-hujung minggu, boleh la saya balik rumah jengguk mak ayah. Lagipun, UMP ni pun Universiti teknikal jugak makcik”. Dalam hati aku, nak jer jawab, “Utem tu pun universiti bertaraf negeri jugak makcik ooi, Utem kan Universiti Teknikal Melaka”, tapi takder la pulak gamaknya aku nak cakap macam tu.

“Makcik tu macam tak mahu mengalah lagi, “ anak makcik ni selalu merungut,bosan katanya belajar jauh-jauh ni, sampaikan dia cakap tak mau belajar lagi dah. Yela, daripada zaman politek tu lagi dah dok berulang-alik dengan bas”. Aku rasa macam nak sound jer makcik ni, eleh, macam la anak makcik tu belajar kat oversea. Melaka jer pun! Belagak betul makcik tu.

Makcik tu sambung lagi, “anak makcik tu selalu cakap yang elektronik ni susah, dia cakap tak dapat nak ikut”. Aku pun mencelah, “elektrik ni memang susah makcik, saya sendiri pun kadang-kadang terkial-kial jugak la nak belajar ni”. Belum sempat aku habis cakap, makcik tu pin potong ayat aku, “tapi kan nak, elektronik lagi susah!”, tegasnya. Lagi sekali aku terdiam. Tertunduk aku masa tu, dalam hati aku ni berkata, “hmmm…betul la tu makcik, belajar kat Utem, ambikn pulak kos elektronik ni memang susah pun. Kat UMP ni senang jer. Lagi-lagi kos sistem kuasa ni. Tak study pun boleh skor lagi pointer.

Alahai, susah betul dengan sesetengah ibubapa ni, kadang-kadang mereka ni selalu sangat membanggakan anak-anak mereka ni, sampaikan anak orang lain takde bagusnya!.

Yang aku cerita ni kisah yang latest, sebenarnya dulu-dulu pun, aku dah pernah berdepan dengan kes yang macam ni. Cerita yang ni pulak, mak aku yang bagitahu, masa dia pergi kat rumah kawan dia. Dulu masa aku tingkatan 1, ada sorang makcik ni, dia cakap anak dia ni pandai, belajar kat kelas yang pertama kat sekolah, kelas aliran arab pulak tu, jauh bezanya kalau nak dibandingkan dengan aku masa tu. Aku dulu hanya duduk kat kelas nombor 3 jer, kelas aliran biasa pulak tu. Selama 2 tahun dia dok ulang skrip yang sama kat mak aku. Mak aku pun, balik rumah dengan keaadaan yang hampa, lepas tu cerita kat aku. Sayu hati aku bila dengar cara percakapan mak aku tu. Aku pun cakap kat mak aku, sabar jela mak, orang macam ni memang macam tu.

Tapi syukur Alhamdulillah, bila dapat keputusan PMR, result aku agak bagus kalau nak dibandingkan dengan anak makcik tu. Masa nak masuk tingkatan 4, giliran aku pulak masuk ke kelas yang pertama, aliran sains pulak tu, anak makcik tu pulak, sekadar dapat masuk ke kelas yang beraliran sastera. Masa tu dengan bangganya aku cakap kat mak aku, sekarang ni mak boleh la berbangga pulak dengan makcik tu. Mak aku masa tu hanya tersenyum. Hatiku tersangat la puas masa tu. Terasa berbaloi dengan usaha aku selama ini, walaupun bukan tergolong dalam pelajar cemerlang, tapi aku cukup-cukup dah bersyukur.

Walaupun ini cerita lama, tapi sampai sekarang aku masih ingat lagi peristiwa tu dalam ingatan aku. Aku kadang-kadang pun pelik dengan sesetengah ibubapa ni, kenapa lar mereka ni selalu sangat berbangga-bangga dengan pencapaian anak masing-masing yang tak seberapa tu. Tapi yang sebenarnya, mak ayah aku pun macam tu jugak.hehehehe…..

2 comments:

Atia_gadismelayu said...

update jgk ko akhirnyer.. biasela.. ayam bertelur sebiji riuh satu kampung.. hehehe..

alin said...

hai UMPians...hee~~cam sentap jugak baca entry ni..huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Powered by Blogger