VVIP bB

Tuesday, November 29, 2011

game yang aku main tatkala boring...





hai...hari ni aku termiss kelas...alang-alang da lepas kelas, update la blog kejap.aku nak citer satu game pc yang aku suke sangat main mase aku bosan...iaitu game football manager...dalam game ni aku ambik team Manchester City...haha..kesian Roberto Mancini, da jadi kuli aku pulak...

sebenarnya game ni agak bosan sikit, membe2 aku boleh kira dgn jari jer berapa orang yang main, bagi yang tak minat tu, memang langsung tak tengok la, tapi orang macam aku ni tetap setia main menda ni berulang-ulang kali,...
sehingga hari ni, aku baru lepas 1 season....dan sepanjang season tu, ade sedikit lawak bagi aku...

1.- jurulatih  Andre Villas-Boas dah ken pecat ngan bos dia...baru jer jadi haad coach, da kene pecat, xsempat habis season plk tuh, dalam game ni, tak taw la plk die jd coach ape plk lepas tuh.. kalo macam Arsene Wenger, pun kene pecat gak, tapi sekarang jadi head coach untuk kelab Velencia.
2.- kelab aku menang kesemua piala/trofi yang dipertandingkan...daripada yang kecik2, hinggalah yang beso2....
3.- nama aku sebaris dgn sir Alex Furgoson plk tuh. coach terbaik sepanjang zaman..sape tak bangga beb, nama melayu ada kat senarai coach terbaik...tapi tu dalam game ni jelar....hehehe

nie bukti pencapaian aku...hahaha...graf 11/12 tu da sampai ke puncak dah, 9 piala beb...sape tak bangga,haha...players yang aku baru beli, toksah cakap la...memang banyak..maklumla, kelab terkaya kan...duit banyak sangat sampai tak tahu sape nak beli...hahaha...

Read more »

Monday, November 28, 2011

edit terbAru ^^,

gambar edit yang terbaru...sebelum ada yg komen pasal shadow gmbar ni yg tak berapa kena, baik aku cakap dulu...hahhaa...susah kot nk buat shadow tu...bukan senang oooo...
ni kalo gambar betul ni, memg dah lama aku kene baham ni...sume jenis haiwan ganas ade, rimau, serigala, polar bear pon ada, nasib baik singa tak de jer tu.....hahaha...dasyhat tol...
Read more »

Saturday, November 26, 2011

Pensil dan Pemadam

Pensil : “Maafkan aku pemadam…”

Pemadam : “Maaf apa Pensil?? Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan apapun kepadaku…”

Pensil : “Aku minta maaf kerana aku selalu membuatmu terluka. Setiap kali aku melakukan kesalahan, kamu selalu berada disana untuk menghapusnya. Namun setiap kali kamu membuat kesalahanku terhapus, kamu kehilangan sebahagian dari dirimu. Kamu akan menjadi semakin kecil dan kecil setiap masa…”

Pemadam : “Perkara itu memang benar…Namun aku sama sekali tidak merasa keberatan. Kau lihat, aku memang tercipta untuk melakukan hal itu. Diriku tercipta untuk selalu membantumu setiap saat kau melakukan kesalahan. Walaupun suatu hari, aku tahu bahawa aku akan pergi dan kau akan mengganti diriku dengan yang baru.

Aku sungguh bahagia dengan perananku. Jadi kau tak perlu khuatir. Aku tidak suka melihat dirimu bersedih…”

Apa kena mengena pemadam dan pensil dengan kita?

Pemadam adalah ibu bapa kita…
Pensil adalah diri kita sendiri….

Orang tua akan selalu ada untuk anak-anaknya…Untuk memperbaiki kesalahan anak-anaknya…

Namun kadang-kadang, seiring dengan perubahan masa …

Orang tua akan terluka dan akan menjadi semakin kecil…(Bertambah tua dan akhirnya meninggal).

Walaupun anak-anak mereka pada akhirnya akan menemui seseorang yang baru (Suami,isteri,anak dan keluarga mertua).

Namun ibu bapa tetap merasa bahagia atas apa yang mereka lakukan terhadap anak-anaknya dan akan selalu merasa tidak suka bila melihat buah hati tercinta mereka berasa sedih.

“Hingga masa ini…

Saya masih menjadi Si Pensil…
Perkara ini sangat menyakitkan diri saya…
Melihat “pemadam” atau ibu bapa saya semakin bertambah “Kecil” dan “Kecil” seiring dengan perjalanan waktu.

Kelak suatu hari…
Yang tertinggal hanyalah “habuk” si pemadam
Segala kenangan yang pernah saya lalui dan miliki bersama mereka…”

SUMBER : > isu hangat > SZ LiHiN
Read more »

Monday, November 14, 2011

Surat Rayuan Rasmi berkaitan dengan kegagalan melengkapkan modul subjek softskill 2

[nama terpaksa dirahsiakan],

Universiti [nama terpaksa dirahsiakan],
Beg Berkunci 12,
Kuantan,
25500 Pahang.

__________________________________________________________________________

[nama terpaksa dirahsiakan],

Ketua Program Kemahiran Insaniah,

Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan,

Universiti [nama terpaksa dirahsiakan],
Beg Berkunci 12,
Kuantan,
25500 Pahang.

Puan,

Rayuan berkaitan dengan kegagalan melengkapkan modul UHS2011

Merujuk perkara diatas, saya [nama terpaksa dirahsiakan] ingin menyatakan bahawa saya telah menghadiri kesemua modul UHS2011 dan menafikan sekerasnya bahawa saya tidak hadir pada 16 Oktober 2011 iaitu pada aktiviti 2 berlangsung.

2. Berikutan dengan status gagal/tidak kompiten dalam melengkapkan modul UHS2011 yang telah pihak puan nyatakan, saya merasakan amat dukacita dan teraniaya. Saya merasa ragu bilamana nama saya turut disenaraikan gagal menghadiri aktiviti 2, walhal saya telah menghadiri kesemua modul dan telah mendaftarkan id sebelum program berjalan. Saya juga merasa ragu dan kesal dengan fungsi pihak puan (fasilitator) yang mengambil id pelajar sebelum aktiviti berjalan, sedangkan nama saya tidak termasuk dalam rekod kehadiran pihak puan.

3. Disini saya sertakan lampiran mengenai saksi kedatangan saya pada hari tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, saya ingin merayu agar pihak puan dapat mempertimbangkan status gagal/tidak kompiten saya dalam subjek UHS2011 ini. Jasa baik pihak puan amatlah diharapkan dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

………………………………………….

[nama terpaksa dirahsiakan]


Read more »

Wednesday, November 2, 2011

pembakar semangat


aku sebelum ni dah berapa kali dah failed subjek core dalam bidang aku...tapi mujur la adanya gambar ni...jadi semangat skit nak study subjek yang tah pape nih.....

Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Powered by Blogger