VVIP bB

Monday, October 25, 2010

MAAF


(AMARAN: Kandungan di bawah mempunyai ayat-ayat yang paling teramat skema yang pernah di ilhamkan oleh Baulu Bangkit)

terlebih dahulu,selaku owner blog ini,menyusun jari jemari memohon seribu kemaafan kepada bloger-bloger sekalian yang mana telah mem-follow blog ni,namun tiada tindakan susulan dari pihak Baulu Bangkit.

diminta pada sesiapa yang telah follow blog ni jangan kecil hati ye...bukan niat tak nak follow, tapi di sebabkan dah lama Baulu tak ambil kisah pasal follower ni dan juga disebabkan kekangan masa yang telah mengekang Baulu selama ini..Baulu Bangkit dengan ini secara rasmi-nya memohon ribuan kemaafan dan disusuli dengan ucapan ribuan terima kasih di atas keperihatinan pihak tuan/puan untuk singgah di blog burok ini...

pada yang telah meninggalkan komen, Baulu ucapkan berjuta-juta ribuan terima kasih sebab sudi meluangkan masa untuk membaca serta mengomen entry-entry Baulu...Baulu Bangkit juga sudi serta berbesar hati untuk menerima sebarang kritikan daripada pihak tuan/puan andainya ada entry-entry Baulu yang telah menyentuh sensetiviti sesetengah pihak..

tuan/puan boleh la meningalkan jejak di dalam ruangan shoutbox yang telah di sediakan dan Insyaallah, kunjungan tuan/puan tidak akan di sia-siakan..

sekian....

yang berwawasan:http://www.smileycodes.info
~BAULU BANGKIT~
Read more »

Sunday, October 24, 2010

mak.....ayah.......

mak dan ayah, anakmu ni memohon ribuan kemaafan sebab xdpt anta mak dan ayah kt airport tempoh hari...memang terkilan rasenye xdapat nak anta mak ayah disebabkan ade test pada hari tu..hanya doa dan harapan agar mak dan ayah sihat sejahtera yg dapat anakmu ini kirimkan sepanjang mak dan ayah berada di mekah dan selamat menunaikan ibadah....

mak....ayah....doakan supaya anakmu ini cemerlang dalam pelajaran...tak sangup rasanya nk melihat air mata mak dan ayah mengalir LAGI sebabkan kegagalan anakmu ini...masih lagi aku teringat tentang peristiwa2 yang menyebabkan air mata mak dan ayah tumpah ke bumi... sebenarnya telah banyak yang aku telah lakukan yg menyakiti hati mereka....

Ya Allah, ampunkan dosa ku...jauhkan lah diriku dari menjadi anak yang derhaka...sesungguhnya, tidak langsung terlintas untuk buat mak ayah kecewa dgn diriku...Ya Allah, lembutkan lah hatiku ini supaya aku tidak buat mereka menangis lagi....terima kasih atas didikan mak dan ayah selama ini....hanya Allah shj dapat membalas jasamu ini....mak....ayah....maafkan segala dosa-dosa anakmu ini...maafkan andainya ada terkasar bahasa dan tingkah laku selama saya membesar untuk menjadi ORANG....

mak,ayah,saya akui saya tidak sebaik arwah kakak dan abang-abang yang lain, saya sedar saya tidak sebijak mereka, saya tahu yang saya lah yang menjadi duri dalam keluarga dan saya juga yakin yang saya ni takkan dapat jadi seperti mereka,namun saya sentiasa mencuba , berdoa dan mengharap untuk menjadi anak yang terbaik yang dapat membanggakan hati mak dan ayah...


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


DEDIKASI KHAS BUAT INSAN YANG TERSAYANG:
~~MAK DAN AYAH
Read more »

Friday, October 8, 2010

10 peraturan bapa kepada teman lelaki anak perempuannya

--satu lg artikel yg buat ak tergelak guling2...jumpe kt fb...bc yer--

Kepada Bf anak aku, http://www.smileycodes.info

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.http://www.smileycodes.info

Sekian, Yg sengaja menakutkan, Bapak Kepada Gf ko.http://www.smileycodes.info



Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Powered by Blogger